Saturday, March 26, 2011

siape cakap manusie je pandai gune GARPU?

fuhhhhhhh...hahahhaha

Cool!!

A4 paper art


All these paper cuts are made from a single A4 paper by the artist Peter Callesen.

paper-art 1
paper-art 2

paper-art 3
paper-art 4
paper-art 5
paper-art 6
paper-art 7
paper-art 8
paper-art 9

paper-art 10

Erti Sahabat Yang Sebenar

"Diwaktu orang lain sibuk bercinta dengan sesama manusia mengikut emosi dan perasaan.. Jadilah dirimu sebagai orang yang Tidak pernah putus mencinta dan mendamba kasihNYA.. Diwaktu orang lain sibuk mengimpikan masa depannya dengan temannya.. jadilah kamu orang yang sentiasa terbayang-bayang dan bermimpikan bagaimana saat kamu dijemput menghadapNYA.. Diwaktu orang lain sibuk ber'sms' dan berkata2 perkara yang sia2.. jadilah dirimu insan yang sentiasa berzikir mengingati ALLAHHU JALIL.. Diwaktu orang lain sibuk mengharap bantuan dan ucapan daripada orang lain.. jadilah diri kamu orang yang sibuk menagih simpati mengharap pertolongan dan janjinya.. Dan yang lebih kamu perlu ketahui dikala orang lain sedang leka.. ALLAH biarkan mereka dengan kenikmatan dunia.. jauhilah dirimu daripada mengimpikan dan memperoleh semua itu buat sementara didunia.. Bersyukurlah kerana ALLAH sayang akan dirimu daripada dibiarkan melalui hari2 berikut dengan dosa2 dan kealpaan dunia..

Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi"-sahabat

Friday, March 25, 2011

SUPERFAST JAPAN!WOW






 Ini ialah gambar Great Kanto Highway di Naka, Jepun. Selepas gempa jalan ini merekah sepanjang 150 meter. gambar di atas ialah gambar diambil setelah kejadian tsunami + gempa bumi berlaku di jepun.
dasatt tol mereka nih.pakcik recpect tol la. jalan ni siap dibina dalam mase 6 hari je kot!!wow!


sumber asal dari http://jalopnik.com/#%215785281/japan-fixed-this-quake+damaged-road-in-just-six-days

Ini bukan pakcik.


Ya Allah..dasattt..dasattt.....
dasatt ye tuan2 dan puan2 sekalian......kesan unmum ke?eh?pe natang susu tu?lupe pakcik namenye..hikhik^^

Tuesday, March 22, 2011

Kembar pakcik.hehe

Maher yang popular menerusi lagu Insha Allah, Thank You Allah dan Baraka Allahu Lakuma mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat rekod jualan Platinum sekitar 25,000 unit apabila album pertamanya, Thank You Allah berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu.

Maher Zain graduan jurusan Kejuruteraan Penerbangan ini memilih untuk membabitkan diri dalam dunia muzik selepas menamatkan pengajian. 
Dia pernah melalui kehidupan gelap kerana terjebak dengan pelbagai gejala negatif disebabkan tersilap memilih kawan. Namun, mujur Tuhan masih lagi memberi petunjuk untuk berubah.




“Tiga tahun lalu, saya pernah melalui kehidupan yang tersasar daripada landasan Islam. Saya banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.

“Apa saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi anak muda zaman sekarang, menguasai diri saya. Ketika itu, saya sering bertengkar dan bergaduh dengan rakan.

“Begitupun, saya bersyukur kerana diberi hidayah dan tersedar daripada lamunan bahawa saya sudah tersasar jauh daripada tuntutan Islam. Sejak itu, saya menjadikan muzik sebagai sumber untuk mendekatkan diri dengan Islam. 

“Selepas mendapat peluang bekerjasama dengan rakan produser, RedOne, akhirnya saya berpindah ke New York. Ketika pulang ke Sweden untuk lawatan jangka pendek, saya berpeluang bertemu beberapa rakan di masjid yang turut menjadi pendorong untuk saya berkarya dalam muzik.

“Pada pandangan saya, muzik sebahagian daripada kehidupan harian kita. Ketika mempelajari mengenai Islam dengan lebih mendalam, saya mendapat inspirasi mencipta lagu. Saya juga mahu menjadikan lirik lagu yang dihasilkan ini sebagai inspirasi kepada pendengar. 

“Tidak hanya kepada masyarakat Muslim, malah bukan Muslim juga dapat menerima melodi lagu yang cuba saya sampaikan. Konsep yang cuba saya ketengahkan menerusi muzik cukup mudah, ringkas dan mempunyai melodi catchy,” katanya.

Biarpun mengakui perjalanan dalam bidang seni masih baru bermula ­dengan beberapa perancangan sedang giat ­dijalankan, artis bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa Awakening Records ini berharap penampilan bersama album solo dapat diterima semua peminat muzik.

Tanpa mempunyai sumber inspirasi tetap, dia mengakui banyak mempelajari melodi muzik daripada produser berpengalaman seperti RedOne yang pernah berkerjasama dengan bintang Hollywood seperti Lady Gaga dan Kat Deluna.

Menurut Maher, membesar dalam persekitaran dunia Barat cukup mencabar, malah sentimen seperti Islamofobia yang merujuk kepada prasangka dan ­diskriminasi pada Islam dan Muslim tetap ada di mana-mana. Namun terpulang kepada cara individu atau masyarakat yang menilainya.

“Saya melihat perkembangan Islam di Sweden semakin kuat. Tidak ada unsur diskriminasi atau paksaan. Masyarakat diberi kebebasan untuk menuntut ilmu. Hampir setiap minggu, ada sahaja program atau ceramah yang diadakan di masjid. Ajaran Islam cukup menarik dan agama yang lengkap.”

Biodata Maher Zain 

PROFIL
Nama sebenar: Maher Zain
Tarikh lahir: 1982
Tempat lahir: Lubnan 
Umur: 28 tahun
Status: Berkahwin 
Kerjaya: Penyanyi, pemuzik
Genre: R&B, Soul, World Music, akustik
Label: Awakening Records 
Album: Thank You Allah (2009)
Pencapaian: Lagu Keagamaan Terbaik 2009 (Ya Nabi Salam Alayka) dari Nujoom FM (stesen radio terbesar Mesir)

Tuesday, March 15, 2011

Bayi bertuah

article 1366155 0B2A6F2600000578 79 634x470 Forum

seorang bayi perempuan berusia empat bulan berjaya diselamatkan selepas 3 hari berada dibawah runtuhan akibat tsunami dan gempa bumi sekuat 9 skala richter yang bergegar di Jepun Jumaat lalu.
Bayi itu ditemui dalam keadaan sejuk, basah dan menangis. Dia dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan. Persoalan mengapa dia tidak lemas, masih menjadi misteri.


Bayi tersebut dikatakan terlepas dari pangkuan ibu bapanya apabila ombak besar memusnahkan kediaman mereka. Keluarga malang itu percaya bahawa mereka akan kehilangan bayi itu untuk selama-lamanya. Dia kemudian dipertemukan semula dengan bapanya yang dilihat sangat gembira.


anak2 sekalian.sebak pakcik baca berita ni pagi tadi. mak ayahnya terlepas bayi ni dan sangkakan yang diorang takkan dapat tatap lagi baby girl yang comel ni.dan yang jadi misterinye,camne baby girl ni boleh terselamat.still jadi misteri...dan itulah kuasa Allah.yang kita tak dapat nak sangkakan, dan fikir secara logik.
tapi kenape dalam berita ni hya diceritakan baby tu dipertemukan oleh ayahya saje..persoalan yang timbul lagi ialah........dimanakah ibunya.....

kisah ini pakcik rase macam pernah tengok sebelum ni.cek punya cek.rupanya kat blog pakcik rupenye pakcik bace kisah ni.tapi dalam bentuk anime.cuba anak2 perhatikan..



cerita yang lebih kurang sama.hanya beza dari segi tempatnya sahaje.
sedih tak?sedihkan?..pakcik sebak bace kisah ni..

Kisah sedih penuh makna

Dalam kehidupan ini,
ada kisah
bahagia, namun juga ada kisah
sedih.
Meski Anda lebih
memilih kisah bahagia terjadi
dalam hidup Anda, namun
kesedihan mendatangkan makna dan hikmah tersendiri. Tidak bisa dipungkiri, banyak
hal yang terjadi dalam hidup
kita, dari kisah sedih , memalukan, bahagia sampai
dengan cerita-cerita yang
menggetarkan jiwa.
Bencana demi bencana datang
silih berganti menyapa kita.
Mulai dari banjir yang menerjang beberapa kota,
kecelakaan transportasi darat,
laut sampai udara dan
beberapa musibah lain, seperti
angin puting beliung, gempa
dan tanah longsor, belum lagi musibah karena penyakit Demam berdarah, diare, busung lapar dan sebagainya.
Melihat kondisi demikian,
siapapun akan tergetar dan
berempati didalamnya.
Deraian air mata atau isak
tangis, entah karena kehilangan sanak saudara,
kehilangan harta benda atau
karena penyakit yang sedang diderita. Dan keadaan seperti
itu sangatlah berat jika
dirasakan.
Saat mengalami kisah sedih, sering kali kita menangis agar
hati kita lebih lega, karena
tidak selamanya menangis
menunjukkan bahwa kita
orang yang lemah dan tidak
tegar. Jika kisah sedih datang dalam
hidup kita, apa yang harus
kita perbuat?
Membiarkan
atau menyembuhkan?
Membiarkan tanpa berbuat
sesuatu terhadapnya atau melarikan diri darinya?
Lalu,
bagaimana cara kita
mengatasi perasaan yang satu ini?
Tawakal, segala musibah harus dihadapi, bukan
disangkal atau dihindari. Kisah
sedih hanyalah suatu fase
dalam kehidupan kita dan
tidak akan selamanya hadir
dalam hidup kita. Suatu saat kesedihan itu akan
berganti dengan kebahagiaan.
Tangis akan pergi dan tawa
akan menggantikan. Jadi,
kenapa kita mesti terpuruk
karena mendapat musibah?
Kita harus berusaha untuk
sabar, ikhlas dan tawakal menghadapinya. Bukan kah
dengan bertawakal kita akan
mendapatkan ketenangan,
dari pada kita hanya terpuruk
dan menyesali semuanya?
Yakinlah setiap fase kehidupan yang kita lalui mempunyai makna. Termasuk
k isah sedih yang kita alami.
Yang harus kita lakukan
adalah berusaha agar setiap
fase yang kita lewati akan
menuntun kita ke arah yang lebih baik.
Persoalan selalu ada. Besar
kecilnya persoalan tergantung
dari cara pandang kita.
Datangnya persoalan bukan
untuk disesali. Yang terpenting adalah sikap kita
dalam menyikapi persoalan
itu. Jika kita terbiasa bertahan
di tengah badai, kelak kesuksesan dan kejayaan yang akan kita raih. Sesungguhnya, seburuk
apapun kisah sedih itu, sepahit
apapun luka yang
ditimbulkannya, sekuat
apapun dendam yang muncul
karenanya, tetaplah ada hikmah dan pelajaran
berharga di sana. Mereka
sedang menanti di belakang
peristiwa-peristiwa itu, untuk
kemudian menyapa kita
dengan kearifan dan kesempurnaan akan nilai cinta kasih . Semua kisah kehidupan yang
telah kita jalani dan lalui
penuh makna dan arti. Kita
bisa banyak belajar dari perjalanan hidup itu sendiri. Memang, tidak semuanya
indah karena kesedihan pun
ada di sana. Tetapi, kisah sedih
itu yang membuat kita
semakin terpacu untuk
berjuang dan tak mudah menyerah. Meksi tangisan meruah,
namun itu tidak akan
membuat air mata kita
kering.
Kisah sedih akan
menjadikan kita semakin
kuat dan tegar. Mari kita sekali lagi belajar mensyukuri apa saja yang diberikan
Tuhan. Meski tampak biasa-
biasa saja, sebenarnya hal itu
diberikan secara luar biasa
oleh Tuhan untuk kita.

"Ingat pesan ibu ni nak"


 

 
 


Gambar ini mengisahkan tentang seorang anak yang baru sahaja kehilangan ibu yang tercinta akibat serangan kejam rejim Israel.
bayangkan apa yang dipesan oleh si ibu kepada si anak sebelum hembusan nafas yang terakhir. Dan bayangkan si anak tersebut adalah kita...

"Saya rela menjadi tongkat ibu seumur hidup"


Sebuah kisah benar yang patut di jadikan iktibar..

Hawa udara di Changchun , Tiongkok, sangatlah dingin. Li Yuanyuan mengangkat sang ibu yang lumpuh kedua kakinya sambil menggendong putrinya yang berusia dua tahun buru-buru ke rumah sakit karena sang ibu terkena serangan jantung lagi. Orang-orang yang berlalu lalang di jalan memandang mereka bertiga dengan mata terbeliak, semua takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah justru memiliki tenaga untuk mengangkat satu orang sambil menggendong satu lagi…

Menurut laporan “City Evening Post”, di pagi buta, 13 februari 2008, Li Yuanyuan telah memakaikan baju bagi anak dan sang ibu yang baru sembuh dari sakitnya. Jam 10 pagi, Yuanyuan bercangkung di depan sang ibu, meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya lalu mengangkat sang ibu, kemudian menggendong putrinya yang berdiri di atas tempat tidur.

Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk menyangga sang ibu, sedangkan sang ibu membantu merangkul cucunya melalui leher Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang tersebut saling berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit. Sang ibu telah lumpuh selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah Yuanyuan terbiasa mengangkat sang ibu keluar masuk rumah sakit.

Ketika Yuanyuan berusia 7 tahun terjadilah sebuah kecelakaan lalu lintas yang benar-benar telah merubah kehidupannya. Karena kecelakaan ini ibunda mengalami kelumpuhan pada kedua kaki yang dipersulitkan lagi dengan menghilangnya sang ayah. Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang punggung rumah tangga. Karena tidak ada penghasilan Yuanyuan menghidupi keluarga dengan menjadi pekebun, wang hasil kerja kerasnya habis terpakai untuk mengurus sang ibu.

Rasa bakti Yuanyuan kepada orang tua sangat menyentuh hati jiran meraka, banyak jiran tetangga yang dengan sukarela memberi bantuan kepada sang ibu dan putrinya ini. Karena sepanjang tahun hanya mampu baring, otot kaki sang ibu sering kejang, sakitnya tak terhingga.

Ada seorang jiran yang berkerja sebagai seorang dokter tradisional tua, setiap hari membantunya memberikan terapi akupunktur terhadap ibu Yuan-yuan, bahkan mengajarnya menggunakan teknik akupunktur sederhana. Sejak berusia 11 tahun sampai sekarang, Yuanyuan sudah dapat menggunakan teknik akupunktur untuk meringankan rasa sakit ibunya.

Tiga tahun yang lalu, Yuan-yuan menikah, setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan seorang putri. Namun di mana pun dan kapan pun, Yuanyuan tidak pernah meninggalkan sang ibu, dia dan suaminya bersama-sama memikul tanggung jawab mengurus sang ibu.

Meskipun rumah tangganya tidak terbilang kaya, mereka sangatlah puas. Sang ibu berkata, terkenang masa 21 tahun ini meskipun penuh penderitaan, namun dia sangat puas, dia merasa diri-nya sama dengan orang tua lain yang juga telah menikmati kehangatan keluarga.

Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun ini, dia merasa dirinya sangat bahagia, karena dia adalah seorang anak yang masih memiliki seorang ibu.

"Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup



sumber asal dari http://fullmusikrequest.blogspot.com/…"

Monday, March 14, 2011

Bila Pakcik dah POSING


perghhhh!hahahaha.eh?ske ati pakcik la nak cakap perghhh.jeless!wek!

tu diaa..tu diaa!!!hahahhaha.da macam kaber album!hakhak!sekali lagi
s-u-k-a h-a-t-i a-k-u l-a

watchhaa!! berani masuk!kite fight!haa..1st round fight balas pantun dulu.yeay!

wow!nampak muda youuuu...kan?kan?kan?hahahahaha


-sekian-

Skim cepat kaya di Facebook.hati2.



klik disini untuk maklumat lanjut

Sunday, March 13, 2011

penangan OPEN BANANA=D

hahaha.hilang stress pakcik tengok perangai diorang nih.
ooo.depan pakcik pijak semut pun tak mati. belakang pakcik, open banana korang bantai yerr.
pape pun.bestt!!hahaha

kenangan

ehem.even pakcik takde dalam clip ni.tapi suasanenye tetap bagi kenangan kat pakcik.
moga anak2 yang pernah join sesi yang same dengan pakcik bole imbas balik nostalgia tu..heeee.jiwang lak haku hari ni.yeay!^^

kemusnahan.tanda murkanya Allah?

Kemusnahan di New Zealand (Tanggal 23 Febuari 2011, Selasa)
kota Christchurch dilanda gempa sekuat 6.3 diskala Richterr












yang terbaru, di Jepun

An 8.9 magnitude earthquake off the coast of Northeast Japan spawned a ferocious tsunami that's caused massive destruction; flattening whole cities, starting raging fires, and killing hundreds. Nearly 88,000 people are reported missing, according to the official Kyodo news agency.




Pakcik bersyukur sangat negara kita masih selamat dari kemusnahan yang teruk.bebas dari gempa bumi dan sebagainya. apa yang berlaku di negara luar sana buatkan pakcik insaf.
terima kasih Ya Allah...terima kasih...
mohon taubat hambamu ini diterima..

Saturday, March 12, 2011

Apa itu Mokhdar

salam alaik ya.
kepada suma anak2 yang pakcik kasihi sekalian..pe kabare anda suma?semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknyaaa...
cewahh.ahaa.da macam buat karangan surat tak rasmi lak..
okeh.hari ni pakcik yang cute mute lagi bergaye dan tampak kacak sentiase ini ingin kongsikan pulak tentang serbau sedikitt tentang kaedah yang dicipta oleh bapaku yang tersayangggg...apekah itu?itula dia.KAEDAH MOKHDAR.yeay!

ade sorang hambe Allah ni asek push pakcik je tanye bile nak update nye blog pakcik comel ni??haihh..baru tinggal 3 hari je..da de yang rindu.ahakk!!opss.soriii.terover plakkkkkkk....nantu mule ar ade yang kene penyakit uwekkisom.nyampahhhhh!!

haaa.ni haa.amek ko.ngehngeh

Wednesday, March 9, 2011

Mavi Marmara: Kekejaman Israel Akan Terus Di”Halal”kan Oleh Amerika

Keputusan kajian serangan tentera Israel terhadap kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 32 Mei lalu telah pun kita ketahui. Seperti yang telah diduga, Israel tidak dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku. Menurut seorang pegawai tinggi U.S Isnin lalu, Turkel Commission yang menjalankan siasatan undang-undang terhadap sekatan ke atas Gaza dan serangan berdarah ke atas flotilla bantuan pada Mei 2010 yang lalu telah menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. (Turkel Commission adalah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan Israel untuk menyiasat kes berkenaan). Demikianlah kenyataan kuncu-kuncu mereka, skrip laporan tersebut sebenarnya telah dapat kita jangkakan.
Dalam bahagian pertama laporan panel tersebut yang dikeluarkan Ahad lalu, tentera Israel yang terlibat dalam menyebabkan kematian 9 rakyat Turki dikatakan bertindak demikian atas kapasiti ‘mempertahankan diri’. Laporan itu juga menyatakan bahawa sekatan ke atas Gaza yang telah berlaku selama 3 setengah tahun tidak melanggar undang-undang antarabangsa.
Hanya Turki yang bebar-benar serius memberi respon terhadap laporan berat sebelah tersebut. Sebagai tindak balas, PM Turki Recep Tayyip Erdogan menyelar laporan tersebut sebagai “tidak bernilai dan tiada kredibiliti”, sementara Kementerian Luar Turki mencemuh laporan suruhanjaya tersebut. negara-negara Islam yang lain, masih berdiam diri.
Laporan tersebut telah menerima sokongan kuat dari sekutu Israel, Amerika syarikat. Jurucakap U.S, Philip J. Crowley telah memberi respons dengan menyatakan bahawa Washington “sentiasa menyokong usaha Israel, dan berasa laporan tersebut adalah bebas, diyakini, saksama dan siasatan yang telus telah dijalankan.”
Crowley menambah, laporan Israel berkenaan telah menyumbang kepada “proses yang lebih meluas dan disampaikan kepada Setiausaha Kerajaan”, serta mengatakan “ada banyak tugas perlu dilakukan kepada laporan Israel dan panel Setiausaha Kerajaan.”
Sebelum itu, Turki telah mengeluarkan laporannya sendiri berkenaan rampasan kapal bantuan Mari Marmara dari Turki ke Gaza, menyatakan bahawa 2 aktivis yang terbunuh di atas kapal Mavi Marmara itu telah ditembak dari helikopter tentera.
“Tentera Israel melepaskan tembakan dari helikopter ke atas kapal Mavi Marmara menggunakan peluru hidup dan membunuh 2 penumpang sebelum tentera Israel mendarat di atas dek,” dinyatakan dalam laporan yang diterbitkan oleh agensi berita Anatolian.
“Semasa serangan, kekerasan yang berlebihan, zalim dan melampau telah digunakan oleh tentera Israel terhadap orang awam.”
Pada bulan September, 3 orang penyiasat dari Suruhanjaya Hak Asasi PBB mengisytiharkan bahawa serangan terhadap Mavi Marmara sebagai menyalahi undang-undang, dan berupa sebuah pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Israel telah memboikot panel itu dan mengatakan ia berat sebelah tetapi memberikan kerjasama terhadap siasatan berasingan yang diketuai oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon yang sedang dijalankan.
Ternyata Israel, Amerika dan sekutu mereka tidak akan pernah dipersalahkan atas segala kerja jahat yang mereka lalukan, namun negara Islam masih kaku dan seperti hilang kedaulatan untuk mengasak Israel dan Amerika.

Jahat betul depa ni.

You Are Here: Home » FeaturedZionis Israel » Rabbi Yahudi Seru Musnahkan Penempatan Palestin
Sebuah majalah Zionis, antara majalah popular di Israel telah mensloganlan agar penempatan Palestin dimusnah.
Majalah mingguan yang diedarkan di rumah-rumah ibadat Yahudi di seluruh Israel telah menerbitkan sebuah pendapat daripada salah seorang penasihat rabi utama mereka yang mengatakan bahawa pemusnahan itu adalah “tugas yang sah”, demikian laporan akhbar Israel Ynet pada Sabtu (14/1).
Para rabi membuat kenyataan bahawa Palestin sebagai “raksasa”, di mana dalam teks agama mereka mengatakan bahawa Tuhan memerintahkan bangsa Israel untuk membantai mereka, anak-anak mereka, wanita mereka, orang tua mereka, bahkan binatang ternak mereka sejak daripada dua ribu tahun lalu.
Menurut rabi mereka, Taurat (yang teleh mereka selewangkan) mewajibkan orang Yahudi untuk menghapuskan jejak “raksasa” di era ini, merujuk kepada Palestin.
Pemikir Yahudi, Audi Aloni berkata seruan untuk melenyapkan Palestin secara terbuka telah dilakukan di rumah-rumah ibadat Yahudi telah menjadi pilihan yang praktikal. (pic)

Pakcik time sekola dulu, belajar sejarah peradaban. termasuklah zaman tamadun Islam.
Cara bagaimana Islam tersebar.banyak care dan salah satunye ialah melalui peperangan.
bila sebut melalui perang je, ramai orang anggap Islam tu kejam. tapi nak tau care Islam perang camne?
-tak boleh bunuh perempuan dan orang2 tua,
-tak boleh bunuh kanak2
-tak boleh rosakkan tumbuh2an dan haiwan ternakan,
-tak boleh rosakkan rumah ibadat2.
-tak boleh bunuh askar musuh yang menyerah kepada tentera Islam.
(siape tau ayat yang mane, dan surah ape dalam quran, amat2lah dialu2kan untuk share same2 kat ruangan komen)
haa.dan kebanyakkan yang masuk Islam, bukan sebab terpakse tau.tapi sebab tertarik dengan cara layanan orang Islam lepas Islam berjaya tawan kota diorang.
soo.bandingkanla dengan prinsip yahudi nih. so siape pengganas sebenarnye????huh!


Petanda awal?

Assalamualaikum.
hari ni pakcik terbukak satu web page ni.Interesting gak tajuknye.Linknye nanti pakcik bagi yer.
ape yang pakcik nak kongsikan ngan anak2 sume ialah, konflik dalaman yang berlaku kat negara Israel.
Korang pun tau kan peristiwa yang berlaku kat Mesir? Revolusi menjatuhkan Presidennya membuatkan banyak pihak nak try perkara yang sama kat negara masing2, dan Israel tak terkecuali nampaknye.Terrrkene tempiasnye. Dan dengar kabarnye Israel mula risau dan da mule mintak bantuan kewangan dari kawan baiknye-Amerika. kalau ni petande awal kejatohan Israel, pakcik doakan semoge ianye terjadi. memang ramai sangat yang nak tengok si Zionis ni tumbang. Jahat sangat depa ni.

so pape pun, jom kite teliti kisah ni. zassss

Ketua Pembangkang: Kerajaan Israel Seperti 3 Ekor Monyet

Ketua Pembangkang Israel, Tzipi Livni telah menyelar Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana menipu rakyat. Beliau berkata demikian dalam sebuah sidang media khas oleh Parti Kadima untuk membantah kenaikan harga barang.
“Kerajaan ini telah menghapuskan semua harapan rakyat dan mencabuli kepercayaannya,” kata Livni. “Israel sedang tewas. Kerajaan ini seperti 3 ekor monyet yang setiap satunya tidak melihat, mendengar dan bercakap. Hakikatnya, yang mereka lakukan hanyalah bercakap.”
Menurutnya, Perdana Menteri memutuskan untuk mengadakan perbincangan tentang isu berkenaan hanya apabila protes disuarakan, ancaman mogok oleh kesatuan sekerja Histadrut dan dikutuk oleh ahli partinya sendiri.
“Mereka hanya berkata-kata apabila melihat ada kepentingan politik yang terancam – bukan kerana rakyat yang menderita, tetapi kerana kuasanya tergugat. Kuasa mereka bukan hanya perlu digugat, ia mesti dijatuhkan,” kata Livni.
Dia juga menuduh kerajaan menyakiti rakyat. Setiap hari dibawah pentadbiran kerajaan ini, Israel semakin tewas dan rakyatnya juga tewas. Seluruh rakyat berasakan satu-satunya perkataan yang tidak terlaksana adalah kesaksamaan. Tiada beban yang ditanggung dengan saksama.
“ Rakyat yang baik ini,yang bangun di awal pagi untuk bekerja, yang berkhidmat dengan tentera, yang berada dalam pasukan simpanan, yang mencari pendidikan yang baik, yang mahu bangun di awal pagi dan memandu ke tempat kerja atau dengan pengangkutan awam, dan yang mahu meminum air yang bersih. Kerajaan ini melonggokkan beban sehingga apabila rakyat mahu memakan roti, mereka terpaksa mengorek wang simpanan mereka.”
Livni memperihalkan keadaan di Israel dua tahun selepas pilihanraya Knesset, “Untuk rakyat, petrol, air dan roti bukanlah barangan mewah. Kita mempunyai rakyat yang baik dan kerajaan yang teruk. Kerajaan ini mesti digantikan. Kadima akan menggantikannya.”
Dia juga menafikan kemungkinan Kadima menyertai kerajaan. “Netanyahu enggan melakukan suatu yang betul untuk Israel, kami takkan membantunya bertahan,” katanya.
‘Ketua kerajaan cukai’
Ketua Bahagian Kadima, Dalia Itzik juga menyerang perdana menteri negara itu. Tiada yang telah disentuh Netanyahu dan tidak berakhir dengan kerosakan. Saya yakin Israel berhak mendapat kepimpinan baru. Rakyat telahpun bersuara hari ini – “enough is enough”.
“Keadaan sudah benar-benar di luar kawalan. Dia mengetuai kerajaan cukai. Sebelum pilihanraya janjinya adalah mengurangkan kadar cukai. Tapi hari ini, dia menaikkan cukai melebihi mana-mana perdana menteri sebelumnya. Inilah kerajaan terburuk yang pernah memimpin Israel”, katanya. “Pendapat saya kuat mengatakan tahun ini akan menjadi tahun pilihanraya.”
Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu, Parti Kadima menyelar Perdana Menteri Netanyahu berkenan kenaikan harga air, roti, petrol, cukai harta dan kediaman.
“Netanyahu telah mengisytiharkan perang ke atas golongan kelas pertengahan dan masyarakat yang tertindas, sebuah peperangan yang akan menyaksikan beliau tumpas dan menyerah kalah.”