Saturday, September 24, 2011

Bersyukurlah kita.


kalian pernah merungut tentang makanan yang kalian sedang nikmati?pernah bukan?ayat yang sering kita dengari daripada rakan2,(termasuk kita) yang merungut dengan nikmat yang Tuhan kurniakan. "eee..kenapa tawar sangat lauknye?" tak pun, "hah?makan telur je hari ni?sape nak?!" tak pun "alamak..aku tak boleh la nak habiskan nasi ni"..betul bukan?

hem.disaat kita merungut itu dan ini, mereka tiada pilihan.='(


KEBULURAN DI MANA-MANA.

apakah anak kecil ini mengerti apa yang sedang dia lalui?mungkinkah timbul dalam sudut hatinya betapa hidup ini sangat menyeksakan,kerana derita yang dilalui.bagaimana pula kita?merungut perkara yang samakah?

kita bebas makan sebanyak mana yang kita mahukan.tapi mereka......='(

perhatikanlah wajah-wajah mereka.adakah sama nasib kita dengan mereka?='(

pernahkah kita lihat situasi sebegini di negara kita?kebuluran berleluasa dan sang ibu dan ayah hanya mampu melihat penderitaan anak-anak mereka.bukan kerana mereka tidak berusaha.tetapi mereka....tiada pilihan.='(

mungkin kanak-kanak ini sedang memikirkan pilihan yang ada padanya untuk terus hidup.

Dapatkah kalian rasai perasaan sang ibu ini yang terpaksa melihat jasad kaku anak kesayangannya? 

Kekurangan zat makanan adalah punca kepada banyaknya kematian disana.tetapi kita?kadangkala terlebih zat, tetapi masih merungut itu dan ini.='(

oh Tuhanku, betapa bertuahnya aku kerana masih diberi pilihan yang banyak untuk aku terus hidup dengan aman, gembira, dan sebagainya.tapi mereka........

sang ibu yang sanggup berkorban apa sahaja untuk pastikan kebahagiaan anak-anaknya.='(

Kasih sang anak pada ayahnya tidak pernah pudar biar ujian datang badai melanda.

cuba kalian pegang tangan kalian, kaki kalian, perut kalian, betis kalian, lengan kalian, adakah sama seperti anak ini?masih mahu merungut??='( 


ini sahaja yang mereka mampu lakukan,menadah dengan menggunakan apa sahaja yang mampu untuk dicapai, hanya untuk dapatkan air bagi hilangkan rasa haus yang maha dasyat.tapi kita?='(

MASIH MAHU MERUNGUT DENGAN APA YANG KITA ADA SEKARANG NI?MASIH RASA TAK CUKUP?MASIH MENGANGGAP TUHAN TIDAK SAYANG KITA?MASIH MERUNGUT DENGAN NIKMAT YANG TUHAN KURNIAKAN?

fikir-fikirkan lah....disaat kita merungut itu dan ini...mereka....tiada pilihan lain....hanya kesabaran dan semangat juang untuk terus hidup yang dibekalkan untuk mereka.='(

harap kalian boleh buat sedikit sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Firman ALLAH surah dlm surah Al-Baqarah 2:261:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Derma kebuluran Somalia:
Maybank 514105-320757 atau datang sendiri ke Bahagian Kewangan NSTP di 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur atau menghantar cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd, dengan menulis Tabung Bencana NSTP-Media Prima di belakang cek.

Dr. Rozmey dan Ferrari F470

Satu lagi anak melayu yang berjaya dalam perniagaan. Orang nak kutuk pasal filem 2 Alam tu pedulikan.sekurang-kurangnya dia lebih berjaya dari orang yang mengutuk dia :) - malaysiasensasi.net


Sekiranya kita berusaha sungguh-sungguh, Insyallah Tuhan akan kurniakan kejayaan yang kita impikan.=)

Friday, September 23, 2011

Ketinggian Bukan Penghalang


Michelle Jordan (22) dari Illinois USA , ialah wanita terpendek dunia mengikut buku rekodGuiness. Pada ketinggian 2 kaki 3 inci beliau merampas takhta wanita terpendek didunia dari Elif Kocaman berasal dari Turki. Beliau dan abangnya Brian sudahpun memegang rekod sebagai pasangan adik beradik terpendek dunia dengan ketinggian bersama 5 kaki 5 inci. Kependekkan mereka adalah disebabkan oleh Majewski Osteodysplastic Primordial Dwarfism type II. Sunnguhpun begitu wanita tabah ini tidak menggunakan kependekkan beliau sebagai alasan untuk tidak enjoy life. Beliau seorang pelajar kolej yang aktif dan believe it or not seorang ahli cheerleaderKolej Kaskaskia yang dihadirinya. Respect! Takhta beliau sebagai wanita terpendek dunia hanya akan kekal jiak REMAJA terpendek dunia Jyoti Amge (17) dari India tidak membesar. Tinggi Jyoti Amge kini ialah tepat 2 kaki!




amacam?kalau kitalah kan, baru bulu hidong panjang sikit pun dah melenting.kih3;P

sumber asalblogserius

Populasi Umat Islam Dunia

Tahukan anda bahawa terdapat 1.8 Billion Orang Islam di dunia ini. Ramai kan?. Sebuah penyelidikan telah dilakukan oleh Pew Research Centre's Forum on Religion and Public Life. Dari penyelidikan 3 tahun ini mereka menganggarkan bahawa terdapat 1.8 billion umat islam di dunia ini. Dari penyelidikan ini mereka menyatakan banyak orang Islam yang bukan Arab dari yang Arab. Berikut beberapa lagi maklumat kajian tersebut

  1. Di dunia ada 2.1 billion penganut Kristian. Secara rasmi umat islam adalah yang kedua terbesar
  2. Nisbah 1 dalam 4 orang di dunia ialah seorang Islam
  3. German mempunyai lebih banyak umat islam dari Lebanon
  4. China mempunyai lebih banyak umat islam dari Syria
  5. Populasi umat islam di Russia pula lebih banyak dari kombinasi penganut di Jordan dan Libya!
  6. 60% peratus penganut Islam menetap di Asia - Paling ramai di Indonesia dengan 203 juta orang

Thursday, September 22, 2011

Kisah Pensil


                                                     

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yg sedang menulis."Apa ibu sedang tulis?Ibu menulis tentang siapa?Atau pengalaman ibu? "
"Ibu menulis ttg diri kamu,tapi ada yg lebih penting drpd itu iaitu pensel ini."
"Apa yang ISTIMEWA ttg pensel ini?",tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini.Walaupun sebatnag pensel,ada 5 nilai yg boleh kita pelajari daripadanya.Mahu tahu?"
"Ya,ibu."
1. Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini.Jangan lupa,ibarat pensel,ada tangan yang memegangnya.Maka,ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah swt.Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

2. Ketika menulis,pensel kerap menjadi kerap menjadi tumpul.Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya.Pensel ini pasti menderita ketika diraut,tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya.Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu.Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab utk dirimu menjadi lebih baik.

3. Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah.Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan yang salah.Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula.Begitulah yang ibu harapkan kpd anak ibu ini,sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup.Ia bukanlah sesuatu yg hina kerana dengan memperbaiki kesalahan,kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

4. Tahukah anak ibu mana yang lebih penting? luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu,berhati-hatilah dengan apa yg tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

5. Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan
meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain.Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

         Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif.

Saturday, September 17, 2011

Yakin, dan terus maju kehadapan.

Bila kita nak berubah, daripada biasa2 kepada luar biasa, biasanya kita akan letak sasaran, perancangan yang rapi, disiplin masa dan sebagainya. kadang2 apa yang dirancang biasanya akan dipandang jelek oleh orang sekeliling seolah plan kita tu hangat2 tahi ayam je.tak pun perancangan kita tu tak mungkin akan capai sasaran sebab itu dan ini.betul.inilah dunia realiti yang selalu kita hadapi.berhadapan dengan mulut2 biawak terkadang membuatkan kita rase lemah semangat lalu berputus asa.atlast berlakunya peningkatan pasaran jualan buku2 motivasi di kedai2 sebabnya ramai yang nak naikkan semangat balik.Duit habis beratus ringgit hanya semata2 nak tangani isu lemah semangat dan mulut2 biawak ni.

Tunggu jap!perluke macam tu sekali?kalau anda (termasuk haku), dah mulakan sesuatu perancangan untuk capai matlamat hidup yang luar biasa, -yang mana kebanyakan dari kita rasa mustahil untuk dicapai- perlukah kita ambil peduli dengan apa yang orang lain nak cakap?dan perlukah kita ambil pedulik cakap2 negatif dalam diri kita?takkan?ok.mulut2 biawak ni memang akan terus wujud selagi kita hidup.samada biawak luar atau biawak dalam.

eh jap.cakap pasal biawak ni.korang faham ke ape yang dimaksudkan ngan biawak ni?takut eden mencarut sorang2 je n korang sepatah haram tak paham.
ok.camni, korang akan jumpa dengan biawak bila;1)time nak bace buku biologi kat bustop tetibe je ade kawan cakap macam ni "eeelllleehhh..nak tunjuk rajin la tuh.blah laa ko.." 2)nak jumpa lecturer nak tanye soalan, kawan belakang terus cakap "eeellleeehh..nak bodek lecturer la tuh.nak dapatkan markah lebih..herh"
haaa..bila mane terkeluarnye perkataan 'eeelllleeehh' tu.kalo nyempat, try perhatikan mulut diorang camne.ade cam biawak tak?ade kan?try la buat experiment.best!best!hahaha!

ok.balik pada cerita.em.kat mane kite tadi?hemm.ok.dah ingat.
So.konklusinye,abaikan ngan ape yang orang nak cakap tentang kita.selagi kita Yakin dan buat perancangan yang betul, TERUSKAN!teruskan usaha kalian.sampai betul2 suxess!.dan bilemane mase tu akan tibe(kejayaan), baru kengkawan biawak korang akan TERRbeliak mate diorang ngan kejayaan yang korang dapat.haa.terbeliak macam mate biawak gak.time tu barulah terase kepuasan n terasa manisnye nikmat kejayaan yang korang (termasuk haku) kecapi.time tu hape lagi wehh.sujud syukurrr laa kan!syukur mengadap Allah Azzawajalla sebab izinkan kite berjaya!yeay!

tak paham lagi ngan hape yang haku cakapkan?ok.layan klip ni.tak paham gak hantuk kepale kat dinding yo.kihkih=)



perhatikan reaksi penonton camne time mamat ni nak siapkan pic die yang gempak tuh.even haku sendiri pun rase cam, hape laa mamat ni buat?n even korang pun camtu gak kan?jangan nak nipu ler.
tapi tengok reaksi mamat tu.ade tak die hamek peduli reaksi penonton yang tengok usaha die melukih tu?takde kan?itu la maksud yang igin haku kongsikan.pedulikan hape orang nak kate!=)

YAKIN BAHAWA KALIAN AKAN BERJAYA WALAUPUN ORANG LAIN RASA TIDAK TERHADAP KALIAN!=)

salam alaik.selamat beramal!!