Monday, February 28, 2011

LAGU FAVOURITE PAKCIK!BEST WOO

Sudi2 lah dengar yer. best tauuuuu..Pesanan buat yahudi laknatullah..hangpa tunggu la nohh.tunggu satu hari nanti.jage kau.pakcik yang comel lagi gagah perkasa ni nak mai serbu hangpa.aku sunat2 hangpa..mana gunting nih.gunting besaq gajah cek bawak.hamboii..biase nihh.haih.mintak maap la ye anak2 kalo tak berkenan ngan ayat pakcik nih.pakcik tengah emo....
pape pun jom layan!!

Friday, February 25, 2011

Segalanya ditangan Allah.

Assalamualaikum.
jumpe lagi kite hari ni ye.dah lame pakcik tak update blog pakcik nih. Alhamdulillah.sekali lagi Allah bagi peluang pada pakcik untuk terus gagah meneroka, mencari, memerhati dan menilai setiap perkara yang berlaku di sekeliling pakcik. Dan untuk pengetahuan anak2, setiap kali pakcik terokai, dan mengkaji setiap perkara yang pakcik temui.hati kecil pakcik pasti terdetik....tak mungkin alam ini terjadi dengan sendirinya.Tak mungkin juga setiap perkara terjadi,berlaku secara kebetulan. Ini bererti, sudah tentu adanya satu kuasa yang agung yang menguasai setiap apa yang berlaku di sekeliling kita.dan dah tentu anak2 pun terpikir perkara yang sama kan?
itulah Allah, Tuhan sekalian alam...yang menguasai langit dan bumi.yang Maha Pengasih lagi Penyayang..yang maha Agung.maha hebat dan maha segala-galanya. Subhanallah..

pada slot untuk kali ini pula,pakcik nak share ngan anak2 tentang konsep 'Kalau Allah kata jadi,maka jadilah'.so..kalau Allah kata tak..takkan berlakulah kan?ok.baik..pakcik nak, lepas anak2 tengok klip video ni,tolong pejamkan mata anak2..dan pakcik nak anak2 fikir sedalam dalamnya.fikir..adakah setiap apa yang kita ada sekarang adalah disebabkan usaha kita?renung2kan.sekian


Sunday, February 20, 2011

Iklan2 Dakwah yang best!mesti tengok!

salam alaik. haa.Anak2 ape kabo?sehat.haa.bertemu lagi kite yer.baik.segmen pade kali ini, pakcik nak kongsikan ngan anak2 tentang iklan2 yang tak penah kite tengok kat bumi malaya ni. mesej yang disampaikan sangat2 lah mendalam.sedalam lautan yang paling dalam.jom layannn......

iklan jauhi rokok
agak2 anak2 la kan.orang yang merokok tu terase tak ngan iklan nih?hemm.mesti terasenye la..


iklan2 solat.mesti tengok!
ok.iklan yang pertame ni.kisahya berkaitan dengan perbandingan individu2 yang tak ambil kisah tentang solat, dengan yang jage solat.meremang pakcik.jom saksikan.

haa.kali ni.mesej yang nak disampaikan lak.berkaitan dengan aktiviti harian dengan solat.
tak kire aktiviti ape pun yang kite buat.berhenti jap.pastu gi la solat.jom!
nampak macam tak kusyu kan solat mamat 2 org nih?ahaa..itu la keistimewaan solat jemaah.pahala kita tak rosak teruk banding dengan solat bersedirian.dapat lak awal2 waktu.pergghh.lagi best!so..pilih.

untuk kaum hawa.

haaa.amacam?mendalam tak mesejnye?cuba bandingkan dengan iklan2 yang ade kat malaya nih.hemm.jauhh sekali.
sekian.

Saturday, February 19, 2011

Masjid Moden di Turki,Gempak kot!


logik tak logik?

Salam alaik.kali ni..jom same2 kite perah otak yer.anak2 cube perhatikan pic kat bawah ni.mesti anak2 terpikir yang gambar ni tak logik coz macam mane aliran air boleh jadi macam tu kan?maksud pakcik.aliran air tu naik ke atas, dan terhasil la air terjun..logik tak? 


ok.sekarang jom kite layan klip video bawah ni.jom!zassss


haa.amacam.takde yang mustahil kan?huhu.tapi sampai sekarang pakcik taktau mamat tu buat camne.
ilusi mate nih.binaan die nampak macam 'A'..tapi sebenarnye bentuk die 'B' betul tak?hem.
lu pikirla sendiri..

sekian..

Friday, February 18, 2011

Engkau Manusia Agung

sekali lagi pakcik menangis bila tonton clip ni.
betapa susahnya Nabi Junjungan kita hendak sebarkan Islam. hebatnya Rasulullah bersama para Sahabat.
no wonder baginda jadi kekasih Allah. pakcik lak, Allah baru turunkan ujian yang levelnya cume senipis kulit bawang je.dah cepat down.. astagfirullah

wahai kekasih Allah..sekiranya manusia zamanku ini mengenali engkau secara mendalam..menghayati perjalanan hidupmu bersama para Sahabat yang setia..aku pasti..aku pasti..tiada siapa yang akan menghina, mengfitnah dan melontarkan kata2 biadab terhadapmu wahai Kekasih Allah..

.
moga kita tergolong antara umat yang berpeluang bertemu Baginda pesuruh Allah di akhirat kelak...amin

Hakikat penciptaan manusia.

Klip video ni buatkan pakcik menangis bile monontonnye.
anak2...kita semua ni adelah sang juare.yang terhebat yang dipilih Allah untuk hidup ke dunie yang penuh dengan ujian ini. Anak2 kene bangge dengan diri anak2..sebab ape.sebab anak2 dah berjaya harungi perjalanan alam sebelum ini selama 9 bulan...
anak2 patut rase hebat dengan diri anak2..bukan mudah..
kite adelah SANG JUARA yang DIPILIH ALLAH...hebat bukan?


Geram aku tengok dak2 kecik nih.




sekian
.

Manga yang comel

Assalamualaikum.
bertemu lagi kita pada hari yang sangat-sangat indah ini. Hari ni pakcik nak kongsikan pula Manga2 comel yang bawak mesej sangat bagus untuk kite semua. Daripada tengok doraemon yang ntah pape..dan komik2 lain..ape kate kite layan anime yang ni pulak. Zaasssssssss..







Haaa..manga2 di atas sangat2 la bagus dalam konteks berdakwah ni.bukan senang nak dapat manga yang macam ni.senario sekarang ni, orang lebih prefer lukis komik yang mendedahkan aurat, yang mane sangat2 lah bahaye untuk tumbesaran otak kite yer.ahaks..

ok.kali ni pakcik nak kongsi pulak manga yang siezly bawa mesej sedih woo...bole nanes..uuuu.korang bace la sendiri.pakcik nak gi nangis jap...wuuuuuu




sekian

Wednesday, February 16, 2011

Harapanku

Luahan Hati Pakcik

Bukan mudah Ya ALLAH…
Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan
Keindahan dunia ini menganggu ku
Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku
Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

Aku runsing Ya ALLAH
Aku berlari ke sana dan ke sini
Aku mencari dan terus mencari
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi
Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri
Sedang aku tidak diuji
Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali
Andai bisa aku berbicara denganMU
Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku
Sungguh aku bukan bercakap kosong
Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….

Ampuni aku Ya ALLAH
Aku lemah lagi tak bermaya
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
Aku tak mampu Ya ALLAH,
Belenggu ini menghimpit ku…
Belenggu ini menghiburkan hatiku
Sehingga aku senang denganya
Sehingga aku takut kehilanganya
Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…
Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…

Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU
Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU
Lalu ke manakah langkahku
Selayaknya dimanakah tempatku
Atas redhaMU ya Rabbi..
aku hanya menuruti
Andai aku diseksa, kan aku patuhi
Asalkan Kau meredhai hidupku ini

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku,
tak kira apa keadaan imanku
Sesungguhnya Ya ALLAH,
cinta ku hanya milikMU…

Kecantikan Lelaki dan Perempuan terletak pada...

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wanita Idaman Muslimin Soleh


Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.
Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,
Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Monday, February 14, 2011

.........MY LOVELY FAMILY..........

AYAHKU
Makhtar Mansor
Asal : Kedah
ni la ayah pakcik.hensem tak?oh.tp hensem lagi pakcik.hwahwa 

haa.time ni ayah pakcik tengah interview sorang pekerja yang nak keje kat company die.trust me 

yang botak tu bukan ayah pakcik.eh.ofcos la yang hensem tuh 

IBUKU
Rafeah Nazeri
Asal : Perak
 haa.tempat pakcik bermanje2.jelez tol tgk dak kecik seblah tu.elehhhh.tarak heran!!

 ni sorang lagi.hei dak kecik ni laaa.aku tumbuk patah gigi gak karang!heppy lak die ye duduk kat tempat aku! tapi ape2 pun. mak, anda memang comel.^^ 

ABANG SULUNGKU

Nur Amin MAkhtar

 tengok la tuh.da besor panjang pun main lompat2 lagi.


 "siapa la bakal bini aku nanti.camne la agaknye rupe die ye?"keluh abang pakcik pada suatu petang kat belakang rumah tepi longkang.

KAKAKKU
Nurul Hidayah Makhtar

 cube teke.yang mane satu kakak pakcik?haa.susah kan nak cari?haha


 minah belakang yang tudung putih tu tak puas hati dohh ngan kakak aku!haha

ABANG KU NO 2
Nur Ariff Makhtar

 haa.yang sebelah tu bukan opah pakcik tau.tu ex-gf die.time ni nak putus dah.gaduh pasal ape ntah.lupe

 haa.jom teke lagi.yang mane satu abg pakcik??haa.susah gak kan nak tentukan?pakcik pun konpius

HAAA...NI LA PAKCIKKK!!
Nur Izham Makhtar

 ni zaman pakcik sekolah menengah dulu.haa.kan pakcik da cakap.


 gambar atas, zaman pakcik berkerja. yang sebelah bawah tu gambar pakcik sekarang. haa.uban banyak dah.tapi maintain comel gitu.eh?suke2 je.ellleh.korang jelez

ADIK-ADIK KU.
Nurul Nadhirah Rozelan
 adik pakcik ni tak suke upload gambar.so no je la yang pakcik dapat.yang tengah2 tu yer.

Nur Shafiq Makhtar

 haa.ikan duyung jantan kembali!yearrghhh


 tu diaa!!berapa bullan?


 haaa.ni takdo korje la ni.haih.adik2 aku ni laa.

Nurul Izzah Shafiqah Makhtar

 alarrlarrlar..konon comel la tuh.wekk..eh?bkn tuju kat baju merah tau.


 "ok.ini no berape murid2.."


adik2 pakcik memang suke berenang.maklum lah.nak jadi atlet macam Nicole David katenye.eh?

Nurul Najwa Ilmi a.k.a INTAN

 comel kan beliau?tengok la abang die siape.

sekali lagi.beliau memang comel.dan sekali lagi.tengok lah abang die.


 haaa.yang ni pakcik tak faham.gaye ape ntah yang dibuatnye.jangan tengok abang die.


yeaayyyy!!dapat kek.Intan suke!Intan suke!
time sambut besday Intan yang ke 801.

sekian..

Hebatnya Kekuasaan Allah..mampukah kita?

Masih ingatkah anak-anak dengan tragedi Tsunami??
dasyat bukan?haa..tgk la tuh.Allahhu Akbar..takde siapa boleh terangkan secara logik camne tempat Ibadah je yang selamat.. hemm... ALLAHUAKBAR!

heemm..dipercayai.time kejadian, ramai yang tengah beribadat dalam masid tuh.soo..mereka terselamat.
Subhanallah!


 hanya tempat ibadah saje yang terselamat.


 kecik bukan sebarang kecik tau.yang besar2 sekeliling pun tombang!

Sekarang jom tengok Matahari lak.Haa.bukan tadika tau...


 tengok tu tuan-tuan. Anda nampak tak Malaysia?nampak tak?
besauu nye Matahariiii.. sekali semboq ja.habis Bumi! 
so tuan-tuan...siape yang cipte Matahari yang besauu tu??
ALLAHU AKBARR!!


matahari adalah antara bintang yang terkecil.


"walaupun saiz aku kecik, tp aku tetap gah.korang?habuk pun tarak" kata matahari dengan bangganya kepada kita.(tmasuk pakcik.adus)

( 1. )Demi waktu matahari sepenggalahan naik,(2.) dan demi malam apabila telah sunyi (gelap),(3.) Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu[1581].4. dan Sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan)(5.) dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas(.6.) Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?(7.) dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung[1583], lalu Dia memberikan petunjuk.(8.) dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.(Dhuha )



DALAM LAUT ADA SUNGAI??
haa.percaye atau tak. sebenarnya kat dalam laut ada sungai tau.
Fenomena menakjub kan ini ditemukan oleh seseorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari PerancisPada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.. 

hape.korang ingat kat belakang rumah korang je ada sungai? 

 haa.tu pakcik la tu.. wahh.bergayenye..belum kuak lentang lagi tuh.
Time ni pakcik umoq 20han camtu la.trust me. 


 bestnye pakcik dapat berenang dalam sungai. yang kepul2 tu asap curut pakcik.
eh?sape cakap tak boleh.time mandi la massyukkk.


 pakcik nak balik jap. mak panggil

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”


Anak2 sekalian. banyak lagi gambar yang tak sempat pakcik nak upload. pakcik update blog ni time malam2 bute. pakcik da ngantuk nak.esok nak solat subuh.takut makmum tunggu pakcik.tak sembahyang nanti dorang kalau pakcik takde.ngehngeh.
eh?pakcik bukan bajet imam tau.pakcik pegang kunci pagar masjid.sape nak bukak nanti?

cuma apa yang pakcik nak cakap. hebatnya Allah tak boleh nak ditandingi langsung.
wujudnya alam ini membuktikan Allah itu MAHA WUJUD.
hebatnya alam ini, membuktikan Allah itu MAHA HEBAT.
Subhanallah..subhanallah..subhanallah
Maha Suci Engkau Ya ALLAH
.











Monday, February 7, 2011

Mata adalah panglima Hati

MATA adalah panglima HATI.
Hampir semua perasaan dan perilaku awalnya dipicu oleh pandangan MATA.
Bila dibiarkan MATA memandang yang dibenci dan dilarang...
Maka pemiliknya berada ditepi jurang bahaya.
Meskipun ia tidak sungguh-sungguh jatuh kedalam jurang.”

MATA adalah panglima HATI.

Hampir semua perasaan dan perilaku awalnya dipicu oleh pandangan MATA.
Bila dibiarkan MATA memandang yang dibenci dan dilarang...
Maka pemiliknya berada ditepi jurang bahaya.
Meskipun ia tidak sungguh-sungguh jatuh kedalam jurang.”

(Imam Ghazali rahimahullah dalam kitab Ihya Ulumuddin.)

Kata hati kepada mata
"Kaulah yang telah menyeretku pada kebinasaan dan mengakibatkan penyesalan
karena aku mengikutimu beberapa saat saja.
 Kau lemparkan kerlingan MATAmu ke taman dan kebun yang tak sehat.
Kau salahi firman Allah, "Hendaklah mereka menahan pandangannya" (QS An Nur: 30/31)

Kau salahi sabda Rasulullah saw,"MEMANDANG wanita adalah PANAH BERACUN dari berbagai macam panah IBLIS.
 Barangsiapa meninggalkannya karena TAKUT pada Allah, maka Allah akan memberi balasan IMAN padanya,
yang akan didapati keLAZATan dalam HATInya." (HR.Ahmad)



Tapi MATA berkata kepada HATI:
"Kau zalimi aku sejak awal hingga akhir.
Kau kukuhkan dosaku lahir dan batin.
Padahal aku hanyalah utusanmu
yang selalu taat dan mengikuti jalan yang engkau tunjukkan.”
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya dalam tubuh itu ada segumpal darah. Jika ia baik, maka seluruh tubuh akan baik pula. Dan jika ia rosak, rosak pula seluruh tubuh. Ketahuilah, segumpal darah itu adalah HATI " (HR. Bukhari dan Muslim).

HATI adalah raja.
Dan seluruh tubuh adalah pasukannya.
Jika rajanya baik maka baik pula pasukannya.
Jika rajanya buruk, buruk pula pasukannya.
Wahai HATI, jika engkau dianugerahi pandangan,
tentu engkau tahu bahwa rosaknya pengikutmu adalah kerana kerosakan dirimu,
dan kebaikan mereka adalah kebaikanmu.
Sumber bencana yang menimpamu adalah kerana engkau tidak memiliki cinta pada Allah, tidak suka zikir kepada-Nya, tidak menyukai firman, asma dan sifat-sifatNya.
Allah berfirman, "Sesungguhnya bukan MATA itu yang buta, tetapi yang buta adalah HATI yang ada di dalam dada". (QS.AI-Hajj:46)

jadi wahai teman wahai sahabat dan anak2 sekalian..
jagalah pandangan mata kita
jangan dipandang perkara yang telah Allah larang..
jangan disimpan perkara2 yang boleh merosakkan hati,
melalui pandangan mata..

jangan disimpan gambar2 yang menampakkan auratmu
jangan disimpan gambar2 yang menampakkan aurat keluargamu
jangan disimpan gambar2 yang menampakkan aurat jiranmu
jangan disimpan gambar2 yang menampakkan aurat sahabatmu..
biarpun hanya untuk seketika..
kerana ia bakal mengundang bahaya
yang menentukan si pemilik dan si penyimpannya..
samada ke SYURGA atau NERAKA...

dan akhir kata

JAGALAH AURATMU SEPENUHNYA
dan 
JAGALAH MATA agar TERPELIHARA HATIMU......