Saturday, July 23, 2011

Remaja Berwawasan Akhirat


       Ini kisah yang berlaku di zaman nabi tercinta, Rasulullah s.a.w.


Sebuah kisah seorang remaja bernama Sa'labah Bin Abdul Rahman.
Remaja yang umurnya baru 17 tahun.Wawasan dan visi hidupnya adalah akhirat.Takutnya hanya pada Allah. 


Ini bukan kisah remaja kita..yang terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Sa'labah ini.

Satu hari, Sa'labah ini berjalan ke satu tempat atas perintah Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan, Sa'labah lalu dihadapan sebuah rumah dan secara tidak sengaja dia terlihat seorang wanita yang sedang mandi

Lantas dipalingkan mukanya, terus melafazkan astaghfirullahalazim dengan terasa berat sekali beban menanggung dosa yang tidak sengaja dilakukan. Disaat itu, hatinya terdetik dengan penuh debaran, apakah malaikat Jibril telah melaporkan pada nabi perihal dosa yang telah dilakukan? Apakah Allah telah menurunkan ayat yang menyenaraikan namanya dalam kalangan orang yang akan ditempatkan neraka? Dia takut sekali akan azab yang akan ditanggung oleh sebab dosa kedua matanya itu.

Sa'labah merasa lemah sekali. Ketakutannya pada azab Allah menghilangkan seleranya untuk makan. Sehingga kering tubuhnya. Satu hari Rasulullah s.a.w datang menziarahinya, diangkat kepala Sa'labah lalu diletakkan diatas riba baginda.

Sa'labah mengalihkan kepalanya dari riba Rasulullah s.a.w.

"Mengapa wahai Sa'labah?", tanya Rasulullah.

Sa'labah menjawab," Kepala yang penuh dosa ini tidak layak berada di ribamu ya Rasulullah"

"Wahai Sa'labah, bersaksilah bahawa Allah menerima taubatmu itu",kata Rasulullah.

Akhirnya Sa'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaan Rasulullah bersama sejuknya pengampunan dari Allah. Disaat jenazah Sa'labah hendak dikuburkan, Rasulullah yang datang agak lamabat kelihatan begitu sukar perjalanannya meskipun sudah dibuka laluan oleh para sahabat.

Para sahabat bertanya, "Mengapa begitu sukar sekali laluanmu ya Rasulullah?"
Maka Rasulullah menjawab."Engkau tidak lihat betapa ramainya malaikat yang mengiringi jenazah Sa'labah sehingga bersesak-sesak"
Mulianya kematian anak muda itu, sudahlah mati di ribaan baginda Rasulullah s.a.w, jenazahnya pula diiringgi oleh ribuan malaikat. Inilah kisah anak muda yang berwawasan akhirat. Dia anak muda seperti kita. Namun visi hidupnya jauh berbeza dengan kita. Terlalu jauh. Visi hidupnya itu terpasak kukuh dalam jiwanya.Visi itulah yang mengarahkan hidupnya hanya pada Allah. Apakah visi itu?

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah".



 Itulah visi hidup yang sepatutnya telah lama berakar tunjang dalam jiwa kita kerana itilah lafaz yang lita ucapkan 5 kali sehari dalam solat. Namun hakikatnya lafaz itu tidak pernah memberi kesan kepada jiwa kita, hanya sekadar dimulut, tidak pernah masuk ke dalam hati kita. Mungkin itulah puncanya remaja kita (termasuk kita juga) solat, namun tidak mampu meninggalkan perkara yang dilarang Allah Taala. Sedang kita tahu solat itu mencegah perkara yang keji dan mungkar.

Bila lafaz itu telah sebati dalam hati dan jiwa kita, insyaallah itulah yang akan menggerakkan lidah kita untuk berkata yang baik-baik saja, itulah yang akan menggerakkan seluruh anggota kita untu melaksanakan ketaatan pada semua perintahnya. Hati dan akal tidak mudah terpujuk oleh nafsu, tidak pernah leka pada hiburan-hiburan yang diagungkan barat, tidak tunduk pada kehendak syaitan laknatullah. Malah hati sentiasa akan berkata 'tidak' pada yang haram. Jiwa subur dengan keimanan dan kecintaan padaNya. Ujian apa pun yang menimpa dihadapi dengan tabah kerana di hati yakin ujian itu tanda cinta Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya. Bila gembira, dirai dengan sekadarnya kerana gembira di dunia hanya sementara, kegembiraan di akhirat jua yang dimpikan.

Begitulah hati yang mekar dengan cinta pada Allah dan akhirat. Kerana apa? Kerana jati dirinya, wawasannya, serta hidupnya adalah mengharap keredhaan Allah semata-mata..

Moga hati kita dibersihkan dari kotoran dosa dan maksiat yang telah kita lakukan, moga hati dan jiwa kita dilapangkan, disinari dengan nurNya.agar hati kita ini lembut dengan segala kebaikan dan keras dengan segala kemungkaran..Tiada yang kita harapkan emlainkan keredhaanNya..Bukan nikmat dunia yangsementara kita inginkan, tapi jannahNya yang kita rindukan.moga kita, ahli keluarga kita serta sahabat-sahabat kita dibimbingnya dan dipilih untuk mendiami jannahNya. Amin.InsyaAllah=')

Azam saya..

Kemaafan yang Rasulullah S.A.W ajar..


Kisah tentang kemaafan dari Texas

Kisah ini ialah kisah tentang kemaafan yang belaku di Texas. Tanggal 11 September 2001, Amerika diserang oleh pengganas. Apabila mendapat tahu adik perempuannya antara yang tebunuh di World Trade Center , Mark Stroman (51) mengamuk lalu keluar untuk "memburu orang Arab". Hentian pertama Mark ialah sebuah kedai runcit. Disini beliau bertemu dengan Waqar Hassan dan Vasudev Patel yang sedang bekerja. Tanpa berfikir panjang Mark menembak mereka berdua dengan menggunakan sebuah shotgun. Waqar seorang Muslim dari Pakistan dan Vasudev seorang Hindu dari India mati ditempat kejadian. Walaupun dua orang "Arab" telah mati ditembaknya, amukkan Mark masih belum reda. Beliau kemudian memandu ke sebuah stesen minyak yang dijaga oleh Rias Bhuyian seorang warga Amerika berketurunan Bangladesh. Rias pada awalnya ingatkan dirinya sedang dirompak lalu menawarkan kesemua wang yang ada didalam cash register. Tetapi instead of meminta wang, Mark bertanya kepada Rias;

"Anda berasal dari mana?"

Belum sempat Rias menjawab soalan Mark terus menembaknya di mata kanan. Walaupun cedera parah Rias berlakon mati supaya Mark beredar. Selepas itu Rias mendapatkan bantuan dari sebuah kedai gunting berhampiran. Sungguhpun masih hidup, mata kanannya tidak dapat diselamatkan. Sehingga kini di muka Riasa 35 butiran buck shots masih terbenam pada wajahnya.


Mark Stroman berjaya ditangkap oleh pihak Polis Dallas Texas. Ketika ditangkap beliau menggunakan alasan "Saya ialah seorang PATRIOT" untuk mendapat simpati dari polis yang menangkapnya. Usai perbicaraan, Mark dijatuhkan hukuman mati dengan suntikan beracun. Setelah menanti selama 9 tahun beliau akhirnya bakal menemui ajal pada hari ini (Rabu waktu tempatan)
This is where the story gets interesting. Sungguhpun cacat seumur hidup akibat tindakan Mark. Rias Bhuyian adalah individu dibelakang gerakan yang mahukan hukuman mati Mark diubah kepada hukuman penjara seumur hidup. Menurut Rias;

"Agama Islam ada mengajar bahawa menyelamatkan nyawa seorang manusia adalah sama seperti menyelamatkan nyawa kesemua umat manusia. Apa yang dilakukan oleh Mark adalah salah tapi saya sudah memaafkannya. Mark melakukan kesilapan kerana beliau perjudis. Membunuh beliau tidak akan mengurangkan masalah prejudis dan apa yang kita dapat hanyalah kehilangan nyawa seorang lagi manusia"

Powerful stuff here. Selain Rais balu kepada Waqar dan Vasudev juga bersama beliau berkempen supaya hukuman Mark diubah. Walaubagaimanpun kempen ini mungkin gagal kerana dalam sejarah perundangan Texas tidak pernah hukuman yang telah dijatuhkan diubah pada saat akhir. Rais percaya jika diberikan peluang untuk hidup, Mark boleh menjadi jurucakap bagi kempen anti masalah jenayah perkauman. Setelah 9 tahun dipenjara Mark telah banyak berubah. Beliau kini menyesali apa yajng telah dilakukannya. Beliau mengaku ianya salah dan ianya akibat tidak tahu apa itu Islam sebenarnya. Ketika ditemuramah untuk sebuah dokumentari Mark berkata;

"Saya dapat tahu Rias memaafkan saya. Ini satu perbuatan peri kemanusiaan yang powerful dan sangat bermakna. Saya juga mahu memberitahunya bahawa saya menghormati dia. Masa saya didunia ini sudah singkat tetapi saya ingin Rias tahu sekiranya hukuman saya diteruskan, saya mahu Rias meneruskan usahanya bagi mengajar orang ramai supaya tidak mengamalkan prejudis"

I am very moved by this story. If I was in Rias's shoes I know I wont be championing for his life to be saved for I am a very vindictive person. Rias is truly a very good Muslim and understands that killing Mark will not solve the problem of hate crimes against Muslim in post 911 America. Bak kata pepatah inggeris "To err is human but to forgive is devine". Dalam kes ini Rais serta ahli keluarga mangsa yang terbunuh menunjukkan kemaafan itu sesuatu yang sangat berkuasa. The world will be a better place if they are more 
Rias Bhuyian and less Mark Stroman. We also learn that BLIND PATRIOTISM is dangerous. 



Thursday, June 30, 2011

Hebatnya air ciptaanNYA

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun
melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau
Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal,
kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi
Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa
Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan
menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan
yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan
muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal
diperdengarkan, kristal hancur. Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan
“peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan
indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima
cabang daun muncul berkilauan.  Subhanallah!

Mata Air Zam-Zam
 
Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru
Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir
beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang
bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang
molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari
Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof.
Emoto menggangguk “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin,
dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan
hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-
kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.

Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia
membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia
diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh
digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu.
Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti.
Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam
merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya
begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak
berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan
padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam
kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu
kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat
gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.

Molekul Air Zam-Zam
 
Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4
penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah
dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema
gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang
negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa
ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu
Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya
menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan
permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi
suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang
akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita
benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan
air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali
pusingan ke kanan, maka di situlah berlakures onan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa
begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak
kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di
dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa
saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta
sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma
yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah
dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh- sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini 
rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana “alam pada diri” itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.
 
Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita
mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat
yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang
“berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk
menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu.
Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu
“Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke
pangkal jalanNya!

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak
bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar
benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat
aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat
dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk
memegang Al-Quran. Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang
haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu
kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan
membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan
kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.

Monday, June 27, 2011

Kaitan Aura Warna Dengan Solat

Rahsia Solat Awal Waktu
Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35 


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud . Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya .Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spectrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, thalamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah S.W.T tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Maklumat di atas ialah artikel yang saya ambil daripada laman web Ust Zahazan. Kalau melihat kepada perubahan warna tenaga alam yang berlaku seharian,kita akan dapati bahawa jika kita ingin meningkatkan aura karismatik dalam diri ia boleh dilakukan melalui memperbanyakkan amalan kerohanian pada waktu 2/3 malam. amalan yang paling dituntut ialah Solat Tahajjud. inilah rahsia kewibawaan ulama-ulama silam. Kerana itulah Islam dapat memimpin 2/3 dunia dengan begitu cemerlang. Disarankan kepada para pemimpin menjadikan solat tahajjud sebagai agenda utama di dalam kehidupan.

Manakala untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pula, pembaca disarankan agar menghidupkan amalan pada waktu subuh. Bangun awal dan solat pada awal waktu kerana ia boleh menolong untuk menstabilkan aura biru yang ada di dalam tubuh.

Bagi saya,sudah tiba masanya kajian-kajian mengenai tenaga atau aura ini di perkasakan. Hal ini demikian kerana ilmu tenaga ini sebenarnya dipelopori oleh ulama-ulama Islam terutamanya yang ahli di dalam bidang tasauf. berdasarkan sedikit kajian yang saya lakukan, ilmu psikologi dan kaunseling sebenarnya di ambil daripada Islam melalui kitab-kitab ulama tasauf seperti Imam Al Ghazali melalui karyanya Ihya' Ulumuddin.

Pengajian tentang ilmu tenaga ini juga sebenarnya diajar secara tidak langsung di institusi-institusi pondok di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu sehinggalah hari ini. Sejarah persilatan di Tanah Melayu juga bermula di ajar di pondok-pondok pengajian agama. Ilmu pengawalan tenaga ini didisiplinkan melalui ilmu persilatan di dalam bab pengawalan pernafasan. ini menunjukkan bahawa ulama-ulama nusantara merupakan seorang yang bukan sahaja pakar agama tetapi mereka juga merupakan pakar sains fizik,kimia dan biologi. Ini terbukti dengan beberapa amalan yang kita jumpai di dalam kehidupan orang melayu hari ini adalah bersifat sains seperti mandi bunga, mandi di awal pagi, tutup pintu ketika maghrib dan lain-lain. Sains membuktikan bahawa mandi bunga sebenarnya ialah bertujuan menstabilkan warna aura yang ada di dalam tubuh manusia. Kerana itu mandi bunga dilakukan dengan menggunakan 7 jenis bunga yang mempunyai 7 warna yang berbeza dan pada waktu tertentu.Begitu juga dengan mandi pada waktu sebelum subuh terbukti dapat menyambung kembali urat-urat kecil dan saraf yang terputus di dalam tubuh manusia.Ia akan membuatkan tubuh kita lebih segar dan bermaya.

Jadi mulai dari sekarang marilah kita gerakkan kembali suatu gagasan untuk mengembalikan ilmu yang begitu bernilai yang semakin hilang ditelan zaman ini. Menjadi suatu kerugian jika kita tidak mengkaji petua-petua orang tua kita kerana sebenarnya, ia sarat dengan pelbagai ilmu sains!

Islam tidak pernah melarang aktiviti keilmuan yang tidak tergelincir dari Al Quran dan Al Sunnah.Perbetul yang terseleweng dan perkasakan mana yang tepat dengan syariah.Selamat mengkaji!

salam perjuangan dan kasih sayang.

kata-kata inspirasi:

"Daripada satu sebarkan kepada yang ramai dan daripada yang ramai akhirnya akan kembali kepada YANG SATU"