Friday, January 28, 2011

PELUANG

Alhamdulillah.syukur pada Allah.kerana masih beri peluang kepada pakcik untuk type blog pakcik nih.tapi kali ni bukan laptop cucu sedare jiran sebelah lagi.tp laptop pakcik sendiri.pakcik beli dengan cucu sedare jiran sebelah rumah pakcik tu.orang yang same gak.I da maju U.ape korang ingat pakcik yang comel lagi hensem dan cute mute ni koman sangat ke?blah la ko.takmo kawan.

Ahaa.siaran langsung bersama pakcik sekarang ni.Anak-anak yang berada dirumah sihat?alhamdulillah.bagaimana pula anak2 yang berada life bersama pakcik di studio tv3 ni?yerghh.semua sihat2 belaka nampaknya.Sebelum pakcik teruskan bebelan pakcik pada hari ni pakcik nak ucapkan trimas kepada radio ERA kerana menaja pakaian tradisional Sarawak kepada pakcik ni.korang ni tau2 je pakcik takde duit nak beli baju kan?.ehem..ehem..Dan tak lupa juga terima kasih kepada radio Hot fm. kerana sudi bagi makan minum pada pakcik.Walaupun pakcik da terase macam berada di rancangan Bersamamu,tapi pakcik peduli hape!aku bedal je semue.

Ok baiklah.Topik perbincangan halaqah kita pada hari ini ialah berkenaan dengan P.E.L.U.A.N.G.
anak2 cuba bagitau pakcik.siapa yang tak pernah dengar perkataan ni?ade tak?takpe.jangan takut.pakcik tak makan orang.pakcik sepak je.tak kuat pun.patah semua batang gigi pun jadi la.ade tak?takde?bagus!senang keje pakcik.

Peluang ni ade macam2 jenis kalau anak2 semua nak tahu.Peluang nak dapat duit.peluang nak makan.peluang nak tido.peluang nak mengorat.peluang nak bersuka ria.peluang nak tendang.peluang nak sepak.peluang nak lempang.dan bermacam2 lagi.
tetapi pada hari ni.Pakcik yang kacak lagi bergaya ini, ingin tekankan tentang PELUANG yang datangnya dari ILAHI.haa.tercengang korang semua ya.hape ingat pakcik nak ajar care cari peluang untuk tekel awek?rosak korang nih.haha

Memang betul semua PELUANG adalah datangnya dari ILAHI.tetapi peluang apekah yang betul2 membawa kita kepadaNYA?

Ok.macam ni.pernah tak anak-anak terfikir.kenapa zaman sekarang ni.ramai orang buat bermacam-macam jenis dosa dan sebagainya.tetapi Allah tak turunkan bala secara on the spot?tak macam zaman nabi dulu.bila sesuatu kaum buat dosa je.terus turun bencana sehingga melenyapkan terus kaum tersebut.Pernah tak anak2 terfikir?zaman dulu2 kalau adik nak tau.solat tak kusyu je, even solat berjemaah, tapi wajah orang tu terus bertukar.ada rupa monyetlah.ada rupa kambing lah.dan paling teruk, kepala bertukar jadi kepala babi tau!nauzubillah.mintak jauh.haaa.pernah tak anak2 terfikir?pernah tak??PERNAHHH????!!!

Itulah dia PELUANG yang ALLAH bagi kepada kita anak2.Bersyukurnya kita dapat jadi umat Muhammad.
Betapa sayangnya ALLAH pada kita.kalau kita buat dosa, ALLAH bagi PELUANG lagi untuk bertaubat. ALLAH masih bagi PELUANG kepada kita untuk makan sedap2.ALLAH bagi PELUANG lagi kepada kita untuk hidup di negara yang aman.ALLAH bagi lagi PELUANG yang teramat banyak biar betapa besar pun dosa yang dah kita buat.

Lihatlah anak2.pakcik nak tunjukkan kepada anak2 betapa sayangnya Allah pada kita.Masih beri peluang kepada kita untuk bertaubat.Cuba anak2 bayangkan, masa anak2 tengah buat dosa secara sengaja, Allah terus TUTUP PELUANG kita untuk ke sekian kalinya.maksudnya apa?MATI.
kalau macam tu, ramai lah yang akan masuk neraka. dan ramailah yang akan mati cepat.sebab ape?buat dose je terus mati.nauzubillah.

Tapi itulah ALLAH.Tuhan yang MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI. beri peluang yang terlalu banyak kepada kita.untuk kembali kepadaNYA.sebab apa?sebab ALLAH nak semua sekali masuk syurga! tetapi, berapa ramai yang ambil berat tentang PELUANG ni?


ALLAH bagi kita mata.ALLAH bagi kita PELUANG untuk melihat
kecantikan dan keindahan alam ciptaanNya.supaya kita berfikir.
ALLAH bagi kita telinga.sebagai PELUANG kepada kita untuk mendengar perkara2 yang baik.
ALLAH bagi kita mulut.PELUANG untuk kita bercakap dan menasihati.

ALLAH bagi kita deria, sebagai PELUANG untuk kita merasai kelazatan segala nikmat yang diberiNYA.
dan banyak lagi PELUANG yang dah ALLAH bagi pada kita.subhanallah.maha suciMU ya ALLAH.
dan anak2 yang disayangi sekalian.cuba bayangkan.
cuba bayangkan kalau ALLAH TUTUP segala PELUANG yang ada pada KITA? cuba bayangkan sekarang!
ALLAH yang MAHA AGUNG.DIA tak perlukan kita.tapi kita yang perlukan DIA.sedarlah anak2.sedarlah.sedarlah.

Anak2 sekalian. suka pakcik yang tersangat comel ini ingatkan. jangan sampai ALLAH tak BERI peluang lagi kepada kita.untuk bertaubat kepadaNYA.Pada saat itu. Barulah menyesal tak sudah.menangis air mata darah sekalipun tak bergune lagi.hanya menanti BALASAN AZAB yang pasti.

sekian dulu dari pakcik!
dan selamat beramal!!





Wednesday, January 26, 2011

Aku Hamba Yang Hina

Assalamualaikum.
Pertama-tama sekali.alhamdulillah.syukur pada Allah sebab masih bagi peluang kat pakcik untuk menaip laptop milik cucu sedare jiran rumah sebelah pakcik.syukurr Alhamdulillah.
Apa-apa pun.semoga kalian gumbira hendaknya membaca bebelan pakcik yang hina dina ni.almaklumlah.pakcik ni tunggu mase je ni.eh?ape?mase untuk mampos?biadap kamo0 yer.aku lempang gak karang.hukhuk.emm.bukan.bukan.sebenarnya pakcik tunggu maso nak nikah jo lagi ha.haha.haih.mintak maap.mintak maap.pakcik mencarut je ye nak.maapkan pakcik.ape?taknak maapkan?eleehh.ingat pakcik kempunan?!blah la ko.(hehe.inilah pakcik)


Sebenarnya ini first time pakcik buat blog.Ada kawan pakcik yang bajet comel tapi dah tue bangke suggest.Humm.Ini pengalaman pertama pakcik dalam bidang pencarutan nih.So pakcik mintak maap bebanyak kalau2 bahaso yang pakcik pakai tak sesuai ko, or tulisan pakcik ni tak lawo ko.or ayat2 pakcik ni tak sebest ayat2 dalam novel yang pernah korang baco.pakcik minta maap sesangat yo.Haihh..maklumlah.pakcik kan dah tue.(ehem..ehem..)


Jadi kepada anak-anak sekalian.Dengarlah nasihat pakcik ni yer.Sebab ape?Sebabnye pakcik kan dah tue.Pakcik ade banyak pengalaman dalam hidup pakcik nih.Pakcik dah hidup sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi tahu?haha.memang ayun la kalau anak2 percaya.
hemm.Pakcik nak nasihatkan anak2 sekalian.Perbanyakkanlah melaksanakan perkare2 kebaikan.Jauhkan diri anak2 dari perkare yang takde kaitan.Sebabnye anak2,kite kene ingat.hidup ini hanya sementara waktu.Anak2 sekalian tau ke bile malaikat maut nak jemput kite nanti?tak tau kan?so?


Anak2 sekalian.takde maknenye malaikat maut nak hantar sms kat kite nak tarik nyawa.Tak penah lagi pakcik dengar malaikat maut berSKYPE dengan manusia2 yang bakal dicabut nyawanya.dan teramat peliklah pakcik kalau2 ada orang cakap pernah komen2 fb dengan real malaikat maut.siap2 malaikat maut tu 'like statement' lagi.takde.takde.jangan buat kilang kerepek ye nak.


Malaikat maut takkan tangguh kerjanye untuk menarik nyawa kite.kalau Allah suruh time tu juga.maka time itu juga dia akan laksanakan misi dengan jayanye.die takkan cakap "alar..rileks kejap lah..penat" haa.nauzubillah.takde maknenye ye nak.


Jadi kesimpulannya disini. Jadilah anak yang baik, soleh, taat kepada ibu bapa dan perintah Allah.
supaya senang nanti.Malaikat maut nak cabut nyawa.heppy je.
semoga hidup anak2 sekalian sentiasa diberkati.amin