RAMAI yang pernah mendengar mengenai Yayasan Al Bukhary, sebuah badan  kebajikan yang telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk  tujuan amal. 
Yayasan ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, seorang ahli perniagaan yang tidak gemarkan publisiti. 
Bagaimanapun,  tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli perniagaan ini dan  bagaimana beliau membina empayar perniagaannya. 
KEBELAKANGAN  ini setiap kali apabila seseorang itu berkata mengenai Persyarikatan  Malaysia, satu nama yang akan disebut berkali-kali ialah Tan Sri Syed  Mokhtar Al Bukhary. 
Walaupun beliau tidak begitu diketahui umum,  ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai  jenis perniagaan - rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel,  perkilangan dan pasar raya. 
Beliau tidak pernah memberi sebarang wawancara kepada sesiapa lebih gemar kepada cara kehidupan yang low profile. 
Namanya  tidak pernah tercatat dalam mana-mana syarikat - termasuk syarikat awam  yang disenaraikan di bursa saham walaupun beliau dikatakan telah  membuat pelaburan berjuta-juta ringgit. 
Keadaan ini menambah lagi misteri mengenai beliau. 
Walau  bagaimanapun, menurut mereka yang mengenali Syed Mokhtar, beliau  bukanlah seorang yang gemar menyendiri seperti yang disangka. 
Beliau  adalah seorang yang mudah mesra, peramah dan fokus terhadap apa yang  diusahakan selain menggemari gaya hidup yang serba ringkas. 
Kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz yang terbaru bukanlah minat beliau. 
Menurut  seorang pemerhati, Syed Mokhtar hanya memandu kereta Proton Perdana  model lama, berpakaian serba ringkas dan akan ke Sentul untuk menikmati  teh tarik kegemarannya. 
Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa. 
Syed Mokhtar juga menggunakan beg bimbit yang mungkin sama usia dengan kereta Mercedes tersebut. 
Persoalannya,  siapakah Syed Mokhtar dan apakah falsafah yang telah memberikan  semangat kepada ahli perniagaan itu untuk menjadi seorang yang berjaya  hari ini - mengambil alih projek-projek mega yang telah gagal dan  mengusahakannya semula sehingga berjaya? 
Jawapannya menurut  Mohd. Sidik Shaik Osman, yang mengenali Syed Mokhtar sejak lebih 25  tahun lalu ahli perniagaan itu dilahirkan di sebuah rumah kampung  beratapkan nipah milik kedua ibu bapanya pada 1951. 
Kesusahan dan kemiskinan adalah dua perkara yang beliau amat fahami. 
Bapa  beliau, Syed Nor, adalah seorang pedagang berketurunan Yaman yang  menetap di Kedah, menyara keluarga dengan menjalankan perniagaan menjual  pelbagai jenis barangan keperluan harian. 
Syed Nor kemudiannya mengusahakan ladang ternakan lembu. 
Bagaimanapun,  hasil yang diperolehnya adalah amat sedikit dan keadaan memaksa Syed  Mokhtar ke pasar setiap pagi sebelum ke sekolah untuk menjual roti canai  dan sayur bayam yang ditanamnya sendiri di sebidang tanah kecil di  sebelah rumahnya. 
Semasa berusia 11 tahun, Syed Mokhtar telah  dijaga oleh pakciknya di Johor Bahru yang mahukan beliau menceburi  bidang ketenteraan tetapi dibantah oleh ibu bapanya. Disebabkan beliau  telah didedahkan kepada suasana alam perniagaan, beliau tidak bersetuju  dengan idea tersebut dan kembali ke Alor Setar. 
Sekembali beliau  ke kampung, perniagaan menjual lembu telah semakin pulih dan kehidupan  Syed Mokhtar pada lewat tahun 1960 terbahagi dua - bersekolah di St.  Michael Institution, di mana beliau menamatkan pelajarannya di tingkatan  lima, dan pada masa yang sama membantu bapanya menguruskan perniagaan  dan bertanggungjawab terhadap soal simpanan kira-kira dan urusan  pengangkutan. 
Gandingan bapa dan anak ini mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan. 
Daripada  sebuah perniagaan sendiri ia telah menjadikan Alor Setar kepada sebuah  pusat perdagangan lembu. Walau bagaimanapun, kegembiraan dan kekayaan  keluarga tersebut hanyalah sementara. 
Wabak penyakit kaki dan  mulut pada tahun 1970 telah membinasakan keseluruhan perniagaan lembu  mereka. Kerana kecewa, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak  lagi menceburi bidang perniagaan itu. 
Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu. 
Bagaimanapun,  dalam masa beberapa minggu, anak muda ini telah bangkit semula.  Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed Mokhtar. Beliau menganggap ini  semua sebagai halangan sementara yang telah memberikan beliau pengajaran  yang amat bernilai. 
Halangan sementara ini telah menjadikan beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya. 
Halangan ini telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung hanya kepada satu sumber perniagaan sahaja. 
``Bermula  dari situ, beliau semakin cenderung untuk mempelbagaikan empayar  perniagaan,'' kata Mohd. Sidik, yang kini menerajui Pelabuhan Tanjung  Pelepas (PTP) di Johor. 
Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan Syed Mokhtar. 
Beliau  mula menjalankan perniagaan dalam memperdagangkan barangan keperluan  penting serta menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan berketurunan  Cina. 
Pada tahun 1970-an, syarikat bumiputera yang ingin bekerjasama atau berurusan dengan usahawan Cina adalah sesuatu yang unik. 
Beliau melakukannya untuk mempelajari cara terbaik menjalankan perniagaan. 
Dalam  masa yang singkat, beliau telah mempelajari dan membeli perniagaan yang  dipelopori oleh ahli perniagaan Cina khususnya dalam bidang  pengangkutan (lori), perniagaan dan pemasaran beras, pakaian,  pemprosesan makanan dan ternakan. 
Syed Mokhtar tokoh korporat disegani - 24/09/2002 - utusan malaysia 
Daripada  seorang ahli perniagaan kecil, beliau berjaya membawa dirinya kepada  perniagaan yang lebih besar dengan menyertai projek-projek di bawah  Persyarikatan Malaysia. 
Beliau mula menceburi perniagaan utama  pada tahun 1990 dengan mengambil alih dan menguasai saham-saham dalam  beberapa syarikat awam yang tersenarai dan entiti kerajaan yang  diswastakan, serta projek-projek terbengkalai yang amat memerlukan  bantuan kewangan. 
Hari ini, Syed Mokhtar muncul sebagai seorang  ahli korporat yang disegani, satu usaha dan pengiktirafan yang beliau  perolehi komitmen dan berkerja keras dengan matlamat untuk berjaya. 
Bagaimanapun, terdapat satu aspek yang tidak pernah dibincangkan oleh media mengenai Syed Mokhtar. 
Sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengabaikan soal-soal kebajikan. 
Beliau  menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek  kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara  untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha  kebudayaan dan seni Islam. 
Sehingga ini, beliau telah membiayai  pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed  Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada  pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat  pengajaran Islam yang terkemuka. 
Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary  yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish'  (Islam Maghribi) sedang dalam pembinaan di Alor Setar dan dijangka siap  pada 2004. 
``Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid,  pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah  orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk  pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa,'' kata Datuk Ismail Yusof  yang mengetuai Yayasan Al Bukhary. 
Tidak cukup dengan itu, bagi Syed Mokhtar, kebajikan bermaksud membantu mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa atau agama. 
Dalam  hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada  Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese  Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan  memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan  memerlukan bantuan. 
Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang  ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi  kegunaan masyarakat setempat. 
Bagaimanapun, sumbangan beliau  yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium  Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta. 
Ia merupakan hasil seni yang tiada tolok bandingnya dan segera menerima pengiktirafan sebagai pusat pemikiran Islam sedunia. 
Menurut Ismail: ``Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Syed Mokhtar, ia adalah sikap rendah dirinya. 
``Ini kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya. 
``Kaum  keluarga, sahabat handai, saudara mara, rakan perniagaan dan manusia  biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini''. 
Syed  Mokhtar mendirikan rumahtangga ketika berusia pertengahan 40-an dan  sekarang mempunyai empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan. 
Ismail  berkata, Syed Mokhtar menjadikan pendidikan sebagai tanggungjawab utama  kepada adik beradiknya kerana ia adalah sesuatu yang beliau tidak mampu  miliki kerana kesempitan wang. 
``Beliau mahu melihat adik  beradiknya mendirikan rumahtangga dan berada pada kedudukan kewangan  yang stabil dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah  tangga,'' katanya. 
Sehingga hari ini, Syed Mokhtar bekerja dari siang hingga larut malam dan ada kalanya sehingga pagi. 
Rumahnya  adalah juga ibu pejabat korporat, di mana beliau mengikuti perkembangan  syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan  kakitangannya. 
Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat utama. 
Beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif dan pengurus-pengurusnya seminggu sekali. 
Syed  Mokhtar hanya melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar  mengadakan perjalanan balik-hari kerana beliau mahu meluangkan masa  berkualiti bersama pekerja dan keluarga. 
Mohd. Sidik, yang selalu mengunjunginya di rumah beliau berkata: 
``Syed  Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya  adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain. 
``Di  sebalik kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya  kepada kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan''. 
Syed  Mokhtar telah mengharungi perjalanan yang jauh - bermula dari membantu  bapanya dalam perniagaan lembu kepada memiliki empayar perniagaan yang  besar serta dikagumi. 
Beliau telah mengambil 30 tahun untuk  membina portfolio perniagaannya, tetapi dalam masa itu, beliau tidak  pernah memandang kebelakang. 
Beliau mahu maju kehadapan dan menggabungkan empayar perniagaannya dan berkongsi kejayaannya. 
Beliau  juga sering di label sebagai seorang yang `tamak' tetapi pernahkan  seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan juta  pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai  pegangan besar dalam salah satu syarikatnya, Malaysia Mining  Corporation. 
Menurut Ismail, Syed Mokhtar berpegang kepada  dua prinsip asas kejayaannya iaitu - berserah kepada tuhan dan bekerja  bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.
kalam Allah itu al-quran kalimah Allah itu الله.kalam Allah tempatnya dilidah. kalimah الله tempatnya dihati. membaca dan memahami Kalam Allah amalan org beriman.menyebut, dan melihat kalimah الله itulah iman.
Tuesday, April 26, 2011
Saturday, April 23, 2011
Friday, April 22, 2011
Untukmu Ibu
kaulah segalanya bagiku..
senyummu..tawamu..dan keramahanmu..
menceriakan sesiapa sahaja yang mendampingimu..
senyum manismu..
tak pernah lenyap dari pandangan mata..
memecahkan kesunyianku pada malam tanpa suara..
Ibu..
baktimu amatlah berharga..
tak mampu untukku membalas segala jasa..
walau sekerah manapun tenaga..
engkau yang melahirkan,
engkau jualah yang membesarkan..
dengan penuh kasih sayang..
engkau menjagaku, mendidikku, 
membelai dan melayan kerenahku..
dengan sabar..
tanpa mengharap sebarang pembalasan..
ibu..
aku masih ingat pada waktu itu..
pada waktu ayah menceritakan sesuatu..
kisah saat ibu melahirkanku dulu..
betapa perit dan seksanya..
penderitaan yang terpaksa ibu tanggungi..
kesakitan yang maha dasyat yang ibu alami..
pada tanggal 8 Mei yang keramat..
maka lahirlah aku ke dunia ini..
ke dunia yang fana, penuh dengan nikmat..
ibu..
biar sebesar mana penderitaanku..
biar sebesar manapun kesedihanku..
tapi ku tahu..
segalanya tak dapat mengatasi..
ujian derita yang engkau tempuhi..
air matamu yang membasahi pipi..
mengalir laju penuh erti..
namun engkau tetap engkau yang kukenali..
senyummu tetap terukir indah..
dibibirmu tetap ku semat di hati..
Ibu..
kini setelah 21 tahun lamanya..
aku mengenali erti hidup ini..
sehebat mana pun ujian ku lihat..
menghimpit sang manusia penuh hebat..
sebagai ujian iman dari Yang Maha memberi Rahmat..
namun hanya engkau yang ku lihat..
masih teguh dengan ketabahan,
dengan senyuman imanmu yang penuh tersirat..
Ibu..
hanya satu ku pohon darimu..
ampunkanlah segala dosa anakmu..
yang pernah mengguris hati dan perasaanmu..
biarpun engkau tak pernah lahir rasa kecewa padaku..
namun ku tahu..
dosaku padamu terlalulah banyak..
sebanyak buih di lautan..
sebanyak pasir ditepian...
ampunkanlah dosaku ibu..
redha Allah hanya terletak pada redamu ibu..
ibu..ampunkanlah daku...
sesungguhnya lahirnya aku didunia ini..
hanyalah untukmu ibu..
ikhlas dari anakmu...
Pakcik Pelbagai versi
 versi control hensem
 versi tunggu awek
 versi membebel bebel
 versi ayu
 versi bajet cute
 versi ulama' Madinah
 versi muka bercahaya + terlebih jambu
 versi kena sumpahan jin ditumbuk hidong
 versi tunggul negara
versi mak limah mandi sungai
ce cite ce cite
ce cite ce cite
-sekian-
Wednesday, April 20, 2011
10 Wasiat Imam Syafie
SEBELUM  Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para  muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat  tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan  selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 
PERTAMA:  HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,  mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 
KEDUA:  HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang  tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat  persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 
KETIGA  : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah,  membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan  membantu orang yang dizalimi. 
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
KELIMA  : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALPADA HARI KIAMAT) Iaitu :  Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup  menanggung kesusahan. 
KEENAM  : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI  AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka  membantu orang beriman dan suka berjemaah. 
KETUJUH  : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan  Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara  terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 
KELAPAN  : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha  dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat  Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 
KESEMBILAN  : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang  dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para  sahabat,dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 
KESEPULUH  : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan,  mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci  kemaksiatan.
Monday, April 18, 2011
Solat yang kusyu', penghalang segala kejahatan
Cara-cara mengkhusyukkan solat
Marilah  kita sama-sama renungkan dan amalkan 17 cara-cara mengkhusyukkan  solat semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah. Mudah-mudahan  solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat  tidak khusyuk.hanya untuk mereka yang titik beratkan hubungannya dengan Allah, silalah disini
Jutawan Pemurah
Motivasi usahawan - Syed Mokhtar model jutawan pemurah

Oleh Mohamad Sofee Razak
PEMILIHAN Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, personaliti dan ikon unggul dunia korporat negara sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 tahun ini adalah pemilihan bijak dan kena pada masanya.Walaupun ada persepsi bahawa anugerah berprestij itu layak diberikan hanya kepada tokoh agama, tanggapan seperti ini tidak tepat kerana Islam itu bukan hanya bersifat ritual semata-mata, malah satu cara serta gaya hidup yang lengkap, syumul dan holistik.Beliau menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1429 daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
pakcik kagum ngan mamat ni..
even kaya, tapi tetap merendah diri..bukan macam kebanyakan orang..Allah baru bagi rezeki secebis sahaja, dah lupa diri..lupa bahawa segalanya hanya pinjaman semata.. Moga Allah lindungi kita dari sifat2 mazmumah..aminn
Saturday, April 16, 2011
Masa Begitu Pantas Berlalu
masa pakcik sekolah rendah dulu..muke baik jer..haha.
pakcik yang pakai songkok tuh..nampak tak?alarr..y'all ni la kan..ngengada tauu..takkan y'all tak nampak yang paling cumill tu?
ehemm..masa ni dah bertambah kacak..tapi tak sekacak sekarang la kan.(ni blog aku..so?)
ok..try cari pakcik yang mana satu..pakcik bagi hint yer..hint; yang paling kacak
baik..time ni umo pakcik 20 tahun.. dah masuk U pun..best WOO!!alhamdulillah..
cita2 pasni pakcik nak buat bom.pakcik nak bom sesape yang suke amalkan uwekkisome.
ok..macam biaseehh..cari la pakcik!nak bagi hint lagi ker?ahakk!^ ^
syukur alhamdulillah.Allah bagi kurnia nikmat pada pakcik untuk bertahun lamanya..even pakcik ni ada banyak dosa.betapa kasihnya Allah pada hamba2nya termasuk pakcik.
pakcik tak sangka masa berlalu begitu pantas.Benarlah kata para Ilmuan masyur, hidup ini hanya sedetik.sekejap..pendek dan sebagainya..dan kita semakin menghampiri saat2 untuk diperhitung amal..
moga kita semua ditempatkan ditempat orang2 yang beriman.Aminn
PENCARIAN KAUM ADAM, PENANTIAN KAUM HAWA.
benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..
untuk adam..
andai mahu mencari hawa..
1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..
2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..
3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..
untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..
1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..
lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..
Wallahu'alam................
by ustaz penang
Friday, April 15, 2011
Kaedah kod komunikasi terbaru mengatasi Mokhdar!
wow!dengan hanya mengeluarkan perkaaan ''tatatatata...tatatatata?''
anda sudah dapat memahami seribu satu makna!dasyat bukan?
dapatkannya di pasaran sekarang!
Kaedah Babykap!
(baby + bercakap = babykap)
Thursday, April 14, 2011
Sunday, April 10, 2011
Jom Nyanyi same2 Pakcik!^^
People of the world
do you know the truth about Islam?
or do you think its about
bombing planes and killing innocent people?
Forget about the lies
I am here to tell you how it really is
you deserve to know the truth
about this beautiful way of life.
People of the world
Islam is all about peace
terrorism, it doesn’t teach
Its all about love and family and charity
and praying to One God, this is Islam.
It’s something you should know
I know its really helped me grow
it does away with greed, filth, arrogance
and teaches us morality
A perfect way to live
so don’t believe all you see and hear
too many people wear a title of a Muslim
but they don’t practice Islam
People of the world
Islam is all about peace
terrorism, it doesn’t teach
Its all about love and family and charity
And praying to one God, this is Islam
And it teaches us The Creator’s made this life for us a Test
and if we follow truth and do good deeds
He’ll reward us in the next
if we remember God and teach each other
the truth and patience in His way
together we can live
in peace, this is Islam
People of the world
Islam is all about peace
terrorism, it doesn’t teach
Its all about love and family and charity
And praying to one God, this is Islam
Allahu Akbar
God is the Greatest
Monday, April 4, 2011
Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Sunday, April 3, 2011
Terimalah Taubat ku ini Ya Allah
***
******
Ya Allah terima lah Taubat ku ini,
Kepada siapa lagi yang hendak ku hadapkan diriku ini,
Diri yang penuh dengan kudis-kudis dosa,
Hanya pada Mu sahaja Ya Allah ku hadapkan wajah ku ini.
Aku yakin, sekeji dan sehina mana juga diri ku ini hanya Engkau lah yang sanggup menatapnya
Terima lah Taubatku Ya Allah sesungguhnya Engkaulah tempat ku mengadu dan
Engkaulah tempat ku memohon Taubat.
Subscribe to:
Comments (Atom)





















