Saturday, September 24, 2011

Bersyukurlah kita.


kalian pernah merungut tentang makanan yang kalian sedang nikmati?pernah bukan?ayat yang sering kita dengari daripada rakan2,(termasuk kita) yang merungut dengan nikmat yang Tuhan kurniakan. "eee..kenapa tawar sangat lauknye?" tak pun, "hah?makan telur je hari ni?sape nak?!" tak pun "alamak..aku tak boleh la nak habiskan nasi ni"..betul bukan?

hem.disaat kita merungut itu dan ini, mereka tiada pilihan.='(


KEBULURAN DI MANA-MANA.

apakah anak kecil ini mengerti apa yang sedang dia lalui?mungkinkah timbul dalam sudut hatinya betapa hidup ini sangat menyeksakan,kerana derita yang dilalui.bagaimana pula kita?merungut perkara yang samakah?

kita bebas makan sebanyak mana yang kita mahukan.tapi mereka......='(

perhatikanlah wajah-wajah mereka.adakah sama nasib kita dengan mereka?='(

pernahkah kita lihat situasi sebegini di negara kita?kebuluran berleluasa dan sang ibu dan ayah hanya mampu melihat penderitaan anak-anak mereka.bukan kerana mereka tidak berusaha.tetapi mereka....tiada pilihan.='(

mungkin kanak-kanak ini sedang memikirkan pilihan yang ada padanya untuk terus hidup.

Dapatkah kalian rasai perasaan sang ibu ini yang terpaksa melihat jasad kaku anak kesayangannya? 

Kekurangan zat makanan adalah punca kepada banyaknya kematian disana.tetapi kita?kadangkala terlebih zat, tetapi masih merungut itu dan ini.='(

oh Tuhanku, betapa bertuahnya aku kerana masih diberi pilihan yang banyak untuk aku terus hidup dengan aman, gembira, dan sebagainya.tapi mereka........

sang ibu yang sanggup berkorban apa sahaja untuk pastikan kebahagiaan anak-anaknya.='(

Kasih sang anak pada ayahnya tidak pernah pudar biar ujian datang badai melanda.

cuba kalian pegang tangan kalian, kaki kalian, perut kalian, betis kalian, lengan kalian, adakah sama seperti anak ini?masih mahu merungut??='( 


ini sahaja yang mereka mampu lakukan,menadah dengan menggunakan apa sahaja yang mampu untuk dicapai, hanya untuk dapatkan air bagi hilangkan rasa haus yang maha dasyat.tapi kita?='(

MASIH MAHU MERUNGUT DENGAN APA YANG KITA ADA SEKARANG NI?MASIH RASA TAK CUKUP?MASIH MENGANGGAP TUHAN TIDAK SAYANG KITA?MASIH MERUNGUT DENGAN NIKMAT YANG TUHAN KURNIAKAN?

fikir-fikirkan lah....disaat kita merungut itu dan ini...mereka....tiada pilihan lain....hanya kesabaran dan semangat juang untuk terus hidup yang dibekalkan untuk mereka.='(

harap kalian boleh buat sedikit sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Firman ALLAH surah dlm surah Al-Baqarah 2:261:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Derma kebuluran Somalia:
Maybank 514105-320757 atau datang sendiri ke Bahagian Kewangan NSTP di 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur atau menghantar cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd, dengan menulis Tabung Bencana NSTP-Media Prima di belakang cek.

No comments: