Sunday, February 6, 2011

Terima Kasih Cikgu Aznida

Cikgu..
saya hasilkan nukilan hati saya kali ni khas saya tujukan buat cikgu. Syukur pada Allah kerana pertemukan saya dengan cikgu. Banyak yang saya dapat sepanjang saya bersama dengan cikgu.
Cikgu layan saya macam adik sendiri. Didik saya dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat untuk saya.sehingga saya berjaya berdiri seperti mana saya hari ini. Terima kasih cikgu.


Cikgu..
dah lama saya impikan untuk hasilkan nukilan saya ini. Betapa saya berterima kasih sangat kepada cikgu.
kerana sudi mendekati saya. Even masa tu saya sendiri pun tak berapa kenal dengan cikgu. Almaklumlah, baru setahun saya mengenali alam sekolah menengah masa itu. 


cikgu nak tahu?sebelum saya kenal cikgu, saya pelajar yang jiwanya kosong. Kosong dengan nilai2 agama. Betapa jahilnya saya pada masa tu. Saya ambil mudah tentang kewajipan solat 5 waktu. saya menolak untuk menerima nasihat daripada sesiapa pun. Kerasnya hati saya pada masa itu hanya Allah saja yang tahu. 


saya masih ingat. Masa itulah saya baru mengenali erti 'cinta monyet'. Waktu itulah pertama kali saya merasai nikmat indahnya 'couple'. berkenalan dengan seorang gadis yang bernama 'N' tanpa saya sedari sebenarnya keindahan yang saya rasakan pada masa itu menjerumuskan saya ke kancah yang gelap.


cikgu..
dalam keadaan saya yang tidak pentingkan ajaran agama, ditambah pula perkenalan saya dengan seorang gadis, cikgu boleh bayangkan tak betapa teruknya saya pada masa itu?
saya bencikan kepada kelas pembelajaran. saya bencikan alam persekolahan. 
apa yang saya mahukan, hanyalah masa untuk diluangkan bersama N.


saya masih ingat, saya pernah ponteng sekolah semata-mata untuk 'dating' bersama dia.
saya sanggup tipu mak dan ayah saya semata2 kerana dia.
bila saya kenang balik diri saya pada masa itu, saya pasti akan menangis.teruknya saya hanya Allah yang boleh nilaikan.
saya tak hormat mak dan ayah saya. saya pernah bergaduh dengan ayah. Saya pernah tinggikan suara saya pada mak, hingga mak saya mengalirkan air matanya cikgu.air matanya mengalir sebab sedih lihat perubahan saya yang macam tu sekali.
kalau diminta ambilkan ape2 barang, saya main campak je.kalau saya kene marah, saya pekakkan telinga. hingga mak pernah panggil saya dengan nama yang tak sepatutnye.


cikgu boleh bayangkan tak sifat saya pada masa tu?


hinggalah pada suatu hari.....
pada saat saya tengah runsing dengan masalah yang saya hadapi,
dan sedang asyik saya jalan kaki sorang2 nak balik rumah dari sekolah,
tiba2 saya terdengar bunyi deruman motor yang pada mulanya kuat, makin lama makin perlahan..menghampiri saya dari belakang...
disapa saya perlahan. oh..cikgu rupanya.
terkejut saya cikgu.aha. Dengan spek mata dan tudung labuhnya..siap dengan berjubah lagi.cikgu sapa saya sambil tersenyum manis.segan saya masa tu cikgu tau tak?nasib baik saya kecik lagi tau.hahaha..
dan itulah kali pertama saya berjumpa dan bersembang dengan cikgu..tanpa saya sedari,sebenarnya..itulah hari yang bakal menjadi sejarah yang terbaik dalam hidup saya.Allah masih sayangkan saya cikgu. Allah masih sayangkan saya. Cikgu ajak saya join pembimbing rakan sebaya..dalam hati saya, "gile ke hape aku nak bimbing orang?aku pun rosak"haha..mula2 rasa berat nak terima tawaran cikgu tu.tapi bila cikgu cakap banyak aktiviti yang 'enjoy' gile babeng bila join prs, terus saya terima.haha.kelakar.kelakar.


Sejak dari pertemuan saya dengan cikgu hari tu.saya dah tak rasa kekok lagi bila berjumpa dengan cikgu. Terus terang saya katakan, mula2 memang rasa jemu, sebab setiap kali jumpa mesti hal Agama yang dibincangkan.bosan saya masa tu cikgu.memang bosan tahap cipan la wa cakap sama lu.
tapi...entah larr..
disebabkan layanan yang baik cikgu pada saya, buat saya rasa selesa. Hati saya jadi lembut.Dan bila hari berganti hari, makin lama saya makin seronok mendengar nasihat agama dari cikgu.
Perasaan yang saya tak pernah rasa selama ni!
Cikgu mula kenalkan saya dengan Ustaz Nizam. dari situ lah mulanya carier saya sebagai penasyid! saya tak pernah terfikir pun yang saya akan join nasyid!haha.Dialah yang ajar saya cara untuk menyanyi, kawal pernafasan dan tone suara.
Ustaz Nizam baik sangat ngan saya cikgu. senyuman dia, sifat humor dia, buat saya rasakan dia macam ayah kandung saya sendiri. apa yang saya fikirkan selama ini memang silap. saya ingatkan golongan agama ni tak suka kepada melawak.series je memanjang. Dan saya ingat semua ustaz n ustazah ni garang2 orangnya. tapi Ustaz Nizam buktikan yang saya silap!saya silap tentang diorang cikgu.Dan apa yang buat saya terharu sangat..Ustaz nizam sanggup hantar saya balik rumah kalau hari dah lewat petang, padahal rumah dia jauh dari rumah saya.nak kene pusing jauh baru sampai ke rumah dia.baik kan dia cikgu?


Hari yang saya tak boleh lupakan, bila cikgu n Ustaz Nizam pelawa saya untuk pergi sama2 ke KL. sebab nak beli alat2 muzik nasyid.Afiq n kak ilya pun ikut sama.
Wow!time tu best sangat.Best giler!! 
gelak ketawa dalam train. lepas tu terbaring kat bahu orang lain dalam train sebab penat sangat gelak.hahaha.rindu sangat time tu cikgu.rindu sangat. Kalau la saya boleh berkawan dengan doraemon.saya pasti akan mintak dia kembalikan saya ke masa tu.
tapi apakan daya, doraemon taknak kawan ngan saya.sebab dia dah ade nobita katanye.bdendam saya dengan nobita sejak tu.aha


Disebabkan saya terlalu seronok dengan kehidupan saya yang baru tu.tanpa saya sedari saya makin lupakan N.
kalau dulu saya asyik terkenangkan apa yang N tengah buat sekarang.tapi sejak kenal cikgu n ustaz, jangan kan N, sekali nama dia pun saya lupa.haha/dasyat..dasyat..


tapi terus terang. Ada masanya saya rasa sedih gak sebab dah kurangkan perhatian saya pada N.saya asyik terkenangkan janji saya untuk bersama dengan N sentiasa. (cewaahhhh.haha.mase tu bodo lagi yob.hehe) saya janji sehidup semati dengan N.


sampai la satu hari saya dengan rasa selesanya saya luahkan masalah saya kepada ustaz Nizam.
Cikgu....nak tahu apa jadi lepas tu?kata2 ustaz nizam buatkan saya menangis.menangis bukan kerana sedih.tp menangis kerana terlalu gembira dan terharu dengar kata2 dan nasihat dari ustaz Nizam.
waktu tu saya rasa bagaikan baru tersedar dari mimpi2 indah yang palsu. jiwa saya bagaikan disalut dengan keluli yang kuat. terasa begitu bertenaga dan bersemangat sekali.
dan.selang beberapa hari lepas itu...
saya putuskan hubungan saya dengan N cikgu.setelah hampir setahun kitorang couple.dan dari situlah bermulanya hijrah saya secara mendalam.saya mendalami ilmu agama dan ilmu2 yang mendekatkan saya padaNya.....kadang kala dengan cikgu, dan kadang2 dengan ustaz Nizam.
sehinggalah pada waktu yang tak disangkakan..
saya dilantik menjadi ketua Pembimbing Rakan Sebaya....
satu jawatan yang pada ketika dulu hanya menjadi mimpi petang saya semata2..
dan apa yang paling terharunya, tiada siapa yang bangkang dengan perlantikan tu..
saya mengangis cikgu...saya menangis..
cikgu dan ustaz Nizam banyak ajar saya tentang nilai2 murni.
hingga saya diberi kepercayaan untuk memimpin satu badan dakwah untuk mengajak rakan2 saya yang lain kearah kebaikan.
kalau dulu saya rasa mustahil..tapi tidak lagi pada masa itu.
terima kasih cikgu...


dan kini....
setelah bertahun lamanya saya tinggalkan alam persekolahan..
saya berjaya menjadi seorang insan yang berguna untuk masyarakat, agama dan bangsa saya.
hubungan saya dengan mak dan ayah pula toksah cakap la.sebelum nak keluar rumah tak kira untuk apa tujuan sekalipun saya pasti salam n cium tangan mak dan ayah saya. kalau terkasar sikit dengan diorang saya pasti akan rasa bersalah tahap dewa.
saya akan pergi minta maaf sungguh2...
dan sekarang rindu sangat kat diorang bila dah berjauhan.
dan sekali lagi.terima kasih cikgu...


Cikgu nak tahu?kisah pertemuan saya dengan cikgu pada suatu ketika dahulu.selalu jadi bahan cerita saya kepada adik2 sebangsa dan seagama dengan saya.
tanpa saya jemu..menceritakan kepada mereka dengan penuh semangat..betapa saya bersyukur pada Allah.kerana pertemukan saya dengan insan.seperti cikgu.....


saya tak dapat bayangkan.sekiranya pada masa itu, cikgu tak hiraukan saya, dan berlalu melepasi saya yang sedang berjalan keseorangan. 
tak dapat saya bayangkan kalau saya tak disapa cikgu pada masa itu dan tak saya dapat bayangkan gak apa yang akan terjadi pada saya sekarang sekiranya cikgu tak pernah terfikir pun untuk perlahankan motor cikgu pada masa itu dan ambil masa untuk berbual dengan saya....
saya tak dapat bayangkannya cikgu....


Cikgu..
saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan cikgu.dunia dan akhirat.
saya janji akan terus berusaha untuk menjadi insan yang berguna demi agama saya.
dan saya berjanji..
yang saya takkan lupakan pertemuan kita pada waktu itu...
semoga cikgu bahagia...
oh ya..selamat menyambut anak yang ke-2 ya cikgu....kem salam kat suami cikgu yang cute mute tuh.itu pun kalau cikgu baca blog ni lar..hahaha.
sampaikan salam saya kepada ustaz Nizam ya cikgu.dah 4 tahun lost contact dengan dia.rindu kat dia toksah cakap la..sampai terbawak mimpi.kekadang saya harap sangat yang mimpi saya tu bukan la mimpi.huhu.tp apekan daya.harap dapat reunion macam dulu!!


terima kasih Cikgu Aznida.....terima kasih























4 comments:

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

aku senang membaca kisah hidup kamu...

NurIzhamMakhtar said...

^^

miss cinderella said...

sori kalau terase ke..tapi...serius pakcik ponteng sekolah sebab nak dating??

Farain Faseha said...

pak cik da jd owg yg btol2 bguna skrg...
have no worries...
cikgu aznida pasti bgga dgn pk cik skrng....^^,