Saturday, March 26, 2011

"Diwaktu orang lain sibuk bercinta dengan sesama manusia mengikut emosi dan perasaan.. Jadilah dirimu sebagai orang yang Tidak pernah putus mencinta dan mendamba kasihNYA.. Diwaktu orang lain sibuk mengimpikan masa depannya dengan temannya.. jadilah kamu orang yang sentiasa terbayang-bayang dan bermimpikan bagaimana saat kamu dijemput menghadapNYA.. Diwaktu orang lain sibuk ber'sms' dan berkata2 perkara yang sia2.. jadilah dirimu insan yang sentiasa berzikir mengingati ALLAHHU JALIL.. Diwaktu orang lain sibuk mengharap bantuan dan ucapan daripada orang lain.. jadilah diri kamu orang yang sibuk menagih simpati mengharap pertolongan dan janjinya.. Dan yang lebih kamu perlu ketahui dikala orang lain sedang leka.. ALLAH biarkan mereka dengan kenikmatan dunia.. jauhilah dirimu daripada mengimpikan dan memperoleh semua itu buat sementara didunia.. Bersyukurlah kerana ALLAH sayang akan dirimu daripada dibiarkan melalui hari2 berikut dengan dosa2 dan kealpaan dunia..

Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi"-sahabat

No comments: